Berita

Tiada caj SST untuk kad tambah nilai prabayar – menteri kewangan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengarahkan syarikat telekomunikasi supaya mengecualikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap kad tambah nilai prabayar.

Menurutnya, ia adalah untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi pra bayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga menggesa agar syarikat telekomunikasi mengambil tindakan sewajarnya dan mematuhi ketetapan tersebut. – Roketkini.com