Berita

Penahanan Rosmah ikut undang-undang, bukan balas dendam – Tun Mahathir

Penahanan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berdasarkan undang-undang dan bukannya bermotifkan dendam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika ia bertentangan dengan undang-undang, proses perundangan akan dijalankan, itu janji kita dan tidak ada niat untuk berdendam dan apa jua seumpamanya,” lapor Bernama.

“Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu adalah perkara yang berasingan,” kata Perdana Menteri itu selepas majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ke-6 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan oleh anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa Najib, bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak melampau bertindak menangkap ibunya, Dr Mahathir berkata tindakan itu dibuat tanpa niat dendam.

Rosmah menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta berkaitan 1MDB. Beliau ditahan malam tadi di ibu pejabat SPRM selepas beberapa jam disoal siasat. – Roketkini.com