Berita

Anwar kembali ke Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar, yang merupakan Presiden PKR, kembali semula ke Parlimen selepas hampir lima bulan diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu.

Ketika nama beliau dipanggil, Ahli Parlimen yang hadir memberi tepukan gemuruh kepada Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau duduk bersebelahan dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada Sabtu, Anwar menang PRK Port Dickson dengan majoriti besar 31,016 undi mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nazari Mokhtar dari PAS (7,456 undi) dan 5 pencabar lain.

Kali terakhir Anwar bertanding kerusi Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi. – Roketkini.com

MENYUSUL.