Berita

Nie Ching puji usaha universiti awam angkat martabat Sasterawan Negara

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyambut baik usaha universiti awam dalam mengangkat martabat tokoh sasterawan di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melantik Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said sebagai Sasterawan Universiti.

“UPSI dan UniSZA telah melantik Pak Samad sebagai Sasterawan Di Universiti. Ini adalah budaya yang sangat bagus untuk memperkenalkan tokoh sasterawan watan kita.

“Hari ini, semua Universiti Awam telah melantik Sasterawan Di Universiti mereka sendiri dan karya-karya mereka akan dibedah, diwacanakan, disyarah malah dikaji,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

UPSI dan UniSZA telah melantik Pak Samad sebagai Sasterawan Di Universiti. Ini adalah budaya yang sangat bagus untuk…

Teo Nie Ching (张念群)さんの投稿 2019年3月14日木曜日

A Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad dilantik sebagai Sasterawan UniSZA pada 1 Mac lalu.

Lebih 100 karya dan dokumentasi Pak Samad kini telah ditempatkan di UniSZA.

Beliau telah menghasilkan pelbagai karya penulisan antaranya cerita pendek, puisi, novel remaja kanak-kanak, cerpen dan drama. Salina merupakan novel pertama yang dikarang Pak Samad dan dianggap sebagai adikarya beliau. – Roketkini.com.