Berita

Pengerusi DAP Sabah meninggal dunia

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong menghembuskan nafas terakhirnya di Kota Kinabalu, hari ini selepas diserang sakit jantung.

Wong menjadi Ahli Parlimen Sandakan selama dua penggal dan memegang jawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Pemimpin DAP, antaranya Timbalan Setiausaha Agung, Nga Kor Ming merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Wong di media sosial.

“Seorang pemimpin yang lantang, seorang sahabat yang baik yang akan sentiasa dikenang selamanya,” kata Kor Ming di Twitter.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan perasaan terkejut dan sedih sebaik mendapat khabar pemergian Wong.

“Takziah buat keluarga mendiang dan rakan-rakan seperjuangan. Semoga tabah menghadapi saat duka ini,” ujarnya di Twitter. – Roketkini.com