Berita

Rakyat Malaysia disaran faham peranan dan pengorbanan ATM

Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. (https://www.liewchintong.com/2019/07/13/tentera-sebagai-pendekatan-terakhir/)

Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir.

Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin (http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/)

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia. – Roketkini.com

*Kenyataan media Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada hari Selasa 13 Ogos 2019 di Kuala Lumpur