Berita

Isu sindiket MyKad: Zahid Hamidi wajar disiasat

Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan pantas dan tangkas dalam membanteras sindiket penjualan kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. 

Setakat ini enam individu telah dihadapkan ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan. 

Namun yang menjadi persoalan; sejak bila sindiket ini mula wujud dan mengapa tindakan hanya diambil setelah kerajaan PH mengambil alih Putrajaya.

Hakikat yang tidak boleh ditolak adalah sindiket ini berleluasa semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dalam kenyataannya baru-baru ini, tampil menggesa agar Zahid Hamidi disiasat kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri era BN yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Kasthuri turut mengajak Ketua Pemuda UMNO, Asraf Wajdi Dusuki — yang dilihat begitu ‘lantang’ menyuarakan mengenai isu sindiket Mykad — agar turut serta menggesa supaya polis menyiasat Zahid Hamidi. 

“Asraf dan rakan-rakannya yang sepemikiran dengannya mempunyai peluang untuk mencurahkan bakti buat Malaysia jika mereka boleh mula dengan mengutuk tindakan keji pegawai JPN dan sesetengah kakitangan Jabatan Imigresen yang telah mengkhianati negara dan menggesa Presiden UMNO, Zahid Hamidi supaya disiasat selaku Menteri Dalam Negeri di bawah era BN, kerana sindiket ini telah beroperasi semasa rejim BN,” tegasnya. – Roketkini.com