Berita

MP DAP serah cek sumbangan kepada masjid, surau

(Gambar: 2 dari kiri pengerusi Surau Al Hidayah Haji Osman bin Hasan menerima cek daripada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng) 

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Pengerusi Surau Al Hidayah, Kepong Baru Dalam, Haji Osman bin Hasan untuk tujuan penambahbaikan surau bagi keselesaan jemaah surau.

Lip Eng turut menyalurkan peruntukan kepada Masjid Amaniah Kepong dan surau-surau di kawasan parlimen Kepong sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 bagi bantuan pengurusan, pelaksanaan program dan penambahbaikan. 

Antaranya ialah Masjid Amaniah Kepong, Madrasah Al-Islah Ad-Diniyah Kepong Baru (Surau Jumaat), Surau Al-Amin Pelangi B Metro Prima, Surau Al-Muttaqin PPR Pekan Kepong, Surau Darul Quran Sinar Magna Apartment, Surau Ar Rahman Vista Magna Apartment, Surau Taman Intan Baiduri, Surau Al-Hijrah Metro Prima, Surau Al-Islamiah Balai Polis Kepong, Surau An-Nur Taman Kepong Indah, Surau Nurhidayah Kg Melayu Kepong, Surau An Nur Falah Taman Permata Fadason, Surau An-Nur Taman Mutiara Fadason dan Surau Iqra’ Jalan Kepong Lama.

Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berharap bantuan peruntukan ahli parlimen ini dapat membantu masjid dan surau-surau di Kepong menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat dan penganut agama Islam khususnya. – Roketkini.com