Berita

MP DAP sumbang 200 bungkus juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyumbangkan hampir 200 bungkus juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini. 

Pihaknya menyasarkan seramai 5,000 penerima bakal mendapat manfaat menerusi inisiatif tersebut.

Selain itu, DAP Teluk Intan juga turut meneruskan pemberian barangan keperluan harian kepada keluarga miskin. 

“Pemberian ini merupakan usaha Nga Kor Ming yang menggunakan duit poket beliau sendiri untuk semua kos yang berkenaan pada ketika PKP ini. 

“Sebanyak 5,000 keluarga disasarkan mendapat manfaat daripada usaha ini,” kata Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Woo Kah Leong.

Menurut beliau, DAP sentiasa mengambil berat masalah rakyat dan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua tanpa mengira kaum, agama dan budaya. 

“Di mana ada yang memerlukan, di situ ada HARAPAN; itulah slogan yang kami pegang demi berkhidmat untuk masyarakat.” ujar Kah Leong. – Roketkini.com