Pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar terhadap ekonomi, justeru memerlukan perancangan yang komprehensif dan pantas bagi menanganinya.
Pun begitu, ketika negara-negara lain bertungkus lumus merangka strategi bagi memerangi virus tersebut, Perikatan Nasional (PN) dilihat seolah-olah mengambil langkah sambil lewa.
Semalam, dilaporkan bahawa PN akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) khas untuk menangani Covid-19 pada Julai tahun ini, iaitu empat bulan selepas bermulanya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Keputusan itu mendapat kecaman pelbagai pihak antaranya peguam, Syahredzan Johan yang menyifatkan ia sebagai lawak jenaka.
Menurut Menteri Undang-undang, Kerajaan akan bentang RUU khas untuk menangani Covid-19 pada bulan JULAI.
4 bulan lepas PKP mula, baru bentang RUU? Sudah berapa ramai yang terkesan nanti?
Itupun Dewan Negara bersidang September. Maknanya undang2 akan berkuatkuasa Oktober.
🤦🏼♂️ pic.twitter.com/kjNddWaiKy
— Syahredzan Johan (@syahredzan) May 3, 2020
“Empat bulan lepas PKP mula, baru bentang RUU? Sudah berapa ramai yang terkesan nanti?
“Itu pun Dewan Negara bersidang September. Maknanya undang-undang akan berkuatkuasa pada Oktober.
“Apa guna gubal undang-undang Covid-19 yang hanya akan berkuatkuasa paling awal September atau Oktober?
“Adakah ini lawak jenaka?” soalnya di Twitter, baru-baru ini.
Sebelum ini, PN turut menerima kecaman berhubung keputusan mengadakan sidang Parlimen selama sehari pada 18 Mei sedangkan pelbagai sektor ekonomi termasuk restoran telah mula dibenarkan beroperasi sepenuhnya bermula hari ini. – Roketkini.com