Berita, Rencana

3 fakta buktikan bandar di Malaysia kini lebih majmuk

Betul ke kata setengah orang, masyarakat Melayu masih tinggal di kawasan luar bandar dan kawasan bandar didominasi oleh komuniti bukan Melayu terutama Cina?

Kalau 40 tahun dahulu mungkinlah. Tapi sekarang dah tahun 2020. Sejak 1980-an, landskap demografi di Malaysia dah berubah banyak dah. 

Jadi, jom kita baca fakta-fakta yang digariskan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming untuk memperbetul naratif dan ‘menghancurkan mitos’ ini.

Fakta 1: Majoriti orang Melayu tinggal di kawasan bandar di Malaysia

Ramai penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar sebenarnya. 75% daripada populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar pada 2016.

Daripada peratusan ini, 56% adalah Bumiputera. Hakikatnya, nisbah Bumiputera di bandar dan luar bandar adalah 2:1.

Pada 2016 juga, direkodkan sebanyak 13.2 juta Bumiputera tinggal di kawasan bandar berbanding hanya 6.2 juta di kawasan luar bandar. Maknanya, hampir 70% Bumiputera (dengan masyarakat Melayu sebagai majoiritinya) tinggal di bandar.

Pastinya angka-angka ini meningkat sekarang pada tahun 2020.

Fakta 2: Majoriti kerusi parlimen terbesar terletak di kawasan bandar dan majoriti / pluraliti adalah pengundi Melayu

Ada pula yang menyebarkan mitos kononnya hampir semua kawasan parlimen di bandar majoriti Cina. Betul ke?

Sudah tentu tidak.

Mari kita tengok Senarai 20 kerusi parlimen teratas mengikut jumlah pengundi dan peratusan pengundi Melayu juga Cina pada Pilihan Raya Umum 2018.

Mengikut data, hanya 4 kawasan mempunyai majoriti Cina, manakala 9 kawasan adalah majoriti Melayu.

7 kawasan mempunyai masyarakat majmuk (orang Melayu merupakan blok pengundi terbesar tetapi kurang daripada 50%).

Hampir semua kerusi ini adalah kerusi bandar atau separa bandar (kecuali Baling dan mungkin Tumpat serta Kemaman). Purata peratusan pengundi Melayu di 20 kerusi ini adalah 55.6% berbanding purata 31.3% pengundi Cina.

Kalau masyarakat Melayu daftar sebagai pengundi, mengundi di bandar dan bukannya di kampung asal mereka, kemungkinan sebanyak 15 daripada 20 kerusi parlimen teratas di Malaysia akan menjadi kerusi majoriti Melayu di kawasan Bandar!

Fakta 3: Terdapat lebih ramai isi rumah Melayu yang kaya daripada isi rumah Cina yang kaya. Tapi, orang Melayu juga majoriti kumpulan B40 (termasuk miskin bandar).

Tahu tak, ada satu statistik yang menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak isi rumah Bumiputera berpendapatan lebih RM10k sebulan berbanding isi rumah Cina? Terkejut kan?

Di bawah adalah Laporan Pendapatan Isi Rumah yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI) terbitan tahun 2014:

Jumlah isi rumah bagi setiap Kategori Pendapatan pada 2012

Ini menunjukkan sebilangan besar Bumiputera, terutamanya isi rumah Melayu, termasuk dalam kategori T20.

Kenapa trend ini berlaku?
1) Ramai orang Melayu berpindah ke bandar
2) Ramai orang Melayu mempunyai kelayakan pendidikan tinggi
3) Mempunyai akses pada peluang pekerjaan yang lebih baik
4) Pekerjaan dengan gaji yang tinggi dalam pelbagai perkhidmatan

Namun, memang tak dapat dinafikan majoriti kumpulan B40 terdiri daripada masyarakat Bumiputera. Namun, menganggap semua orang Cina “Taukeh Kaya” adalah salah!

Kenapa penting mitos ini diperbetulkan?

  1. Dasar awam mesti dirancang berdasarkan statistik dan fakta yang dikemaskini, bukannya berdasarkan naratif yang salah.
  2. Usaha wujudkan kelas pertengahan untuk Bumiputera terabai.
  3. Fakta dan statistik diperlukan untuk mengetahui dasar yang telah berjaya atau gagal sebelum ini.

Angka dan fakta yang betul penting untuk memajukan rakyat tanpa mengira kaum  dan agama. Mitos serta naratif yang salah perlu ditolak! — Roketkini.com