Berita

42 MP DAP sokong Anwar sebagai PM

Kesemua 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Kami mengambil maklum pengumuman Anwar tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden PH, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH dalam satu sidang akhbar khas di sebuah hotel di ibu negara hari ini mengumumkan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. — Roketkini.com