Berita, Isu Semasa, Kenyataan Akhbar

Kaji semula SOP, benarkan perniagaan beroperasi selepas 8 malam

Berikut adalah kenyataan 21 Ahli Parlimen Pembangkang pada 18 Januari 2021 yang menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengehadkan waktu operasi perniagaan kerana menyukarkan para peniaga dan rakyat umumnya:

Kami menggesa Kerajaan PN membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja. Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.

Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka. Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi. Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini.

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)

2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)

3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)

4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)

5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)

7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)

9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)

10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)

11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)

12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)

13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

14. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

15. Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)

16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)

17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)

18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)

21. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)