Kenyataan Akhbar

Agenda baharu DAP Johor: Langkah ke hadapan

Oleh Aziera NH

DAP Johor memperbaharui komitmen dengan menggariskan agenda-agenda baharu untuk negeri itu.

Agenda-agenda itu adalah:

  1. Membuat persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15
  2. Membuat persediaan lengkap untuk mentadbir kerajaan
  3. Merealisasikan DAP sebagai wadah pelbagai kaum
  4. Melaksanakan transformasi parti: daripada “kedai runcit” kepada “pasar raya besar”
  5. Menjadikan DAP sebagai pilihan anak muda dan wanita

DAP Johor juga sangat mengalu-alukan sebarang input tambahan berbentuk komen, cadangan atau perincian untuk menambah baik agenda-agenda ini yang boleh disalurkan melalui Google Form di pautan http://bit.ly/AgendaBaharuDAPJohor mulai hari ini sehingga 15 Jun 2021. – Roketkini.com