Berita

Covid-19: Bukan masanya menyerah kalah

Oleh B. Suffian

Kerajaan perlu bertindak berani dalam perang melawan Covid-19, tegas Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.

Beliau menegaskan, sekarang bukanlah masanya untuk menyerah kalah.

“Kita sedang berhadapan dengan keadaan kritikal…

“Ini di mana penyebaran yang lebih luas akan melanda negara dan ‘melumpuhkan’ setiap aspek kehidupan kita dalam minggu-minggu akan datang jika tiada tindakan yang lebih berani dan pintar dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran Facebook semalam.

Chin Tong yang juga Ahli Dewan Negara seterusnya menggariskan lima gesaan kepada kerajaan dalam usaha melawan Covid-19:

1. Belanjakan apa sahaja yang diperlukan untuk menangani Covid-19. 

2. Kerjasama dengan swasta lakukan ujian saringan besar-besaran bersubsidi.

3. Ambil pendekatan menyeluruh ‘waktu perang’ untuk mengatur gerak pengesan kontak.

4. Tidak semua pesakit harus dihantar ke pusat-pusat kuarantin.

5. Kempen pemvaksinan seharusnya menjadi misi nasional.

6. Sekarang masanya untuk kepimpinan waktu perang yang berani.

– Roketkini.com

Baca kenyataan penuh Chin Tong di sini.