Berita, Uncategorized

PH bentang Strategi Belanjawan 2022

Pakatan Harapan (PH) membentangkan Strategi Belanjawan 2022 setelah sesi libat urus sebanyak 13 kali diadakan dengan kerajaan.

Perkembangan ini selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) PH dan Kerajaan Persekutuan yang menjadi batu asas kepada pembentukan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam membentuk polisi untuk membaik pulih dan membina semula negara pasca Covid-19.

Atas semangat kerjasama dwipartisan tersebut juga, PH membentangkan cadangan Belanjawan 2022 dengan fokus untuk menjadikan Belanjawan tersebut berorientasikan usaha-usaha reformasi, inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Dokumen itu antara lain menggariskan 12 cadangan utama yang dikemukakan PH iaitu:

  1. Memartabatkan institusi Parlimen sebagai platform dwipartisan tulen yang berkesan
  2. Suntikan Dana RM45 bilion untuk Dana Covid-19
  3. Menyokong pemulihan golongan rentan
  4. Mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik
  5. Mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial
  6. Mengukuhkan perkhidmatan sosial
  7. Memastikan taraf hidup dan mobiliti yang baik
  8. Melindungi wanita dan kanak-kanak
  9. Langkah-langkah khusus untuk Sabah dan Sarawak
  10. Reindustrialisation – menggalakkan pelaburan bernilai tinggi
  11. Reformasi Fiskal
  12. Geran-geran khas

Untuk memperkukuhkan lagi proses belanjawan dan laporan, PH ingin menegaskan komitmen kami dalam beberapa perkara seperti berikut:

  1. Kebertanggungjawapan dan ketelusan belanjawan
  2. Membina pelan pemulihan responsif gender
  3. Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI)
  4. Laporan Kelestarian, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)

Tonton video penuh di: