Berita

PH rekod pencapaian pentadbiran baik buat Melaka

oleh Ghafar NS

Tanggal 20 November 2021 ini memerlukan penduduk Melaka untuk berani keluar mengundi, sekali gus memperoleh sebuah kerajaan negeri yang stabil, berintegriti, benar-benar peduli rakyat dan melaksanakan pentadbiran baik buat Melaka seluruhnya.

Tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memimpin Melaka sebelum dirompak Kerajaan UMNO-PN yang tamakkan kuasa, 62 daripada 85 janji manifesto PH Melaka telah berjaya dilaksanakan.

Berikut adalah 11 pencapaian terbaik PH buat negeri dan penduduk Melaka:

  1. Meluluskan pembinaan 100 Rumah Percuma
  2. Menyediakan Bas Percuma
    Untuk kemudahan rakyat bergerak dari Melaka Sentral, hospital ke MITC
  3. Parkir Percuma (Sabtu & Ahad)
    Dilaksanakan di seluruh negeri Melaka
  4. Dapatkan semula kelulusan Projek Empangan Jernih
  5. Penganjuran Tahun Melawat Melaka (18.02 juta pengunjung)
  6. Bawa masuk Air Asia beroperasi di LTAM
  7. Siapkan projek flyover Peringgit & MITC yang lama tertangguh
  8. Tubuh Dana Harta Bumiputera & Amanah Finance House
    Sebagai dana pinjaman perumahan serta mikro kredit
  9. Pemberian susu dan lampin dewasa
    Memastikan isu kebajikan masyarakat susah tidak terpinggir
  10. Hari Bertemu Rakyat setiap minggu
    Mendengar maklum balas orang ramai
  11. Keluarkan 1070 asnaf dari belenggu kemiskinan.

Ya, dalam tempoh hanya 22 bulan. Bayangkan jika PH mempunyai masa lebih panjang mentadbir kerajaan negeri Melaka ataupun Kerajaan Persekutuan?

Tentu sekali banyak manfaat yang akan diterima pelbagai pihak terutamanya rakyat yang telah memberi mandat.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan media hari ini berkata: “Saya merayu kepada semua untuk turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri ini terus dipelihara.”

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka merangkap calon Ketua Menteri PH, Adly Zahari

Penduduk Melaka perlu bangkit dari luka akibat kejatuhan kerajaan negeri pilihan mereka pada awal 2020 lalu dengan keluar mengundi dan memberi mandat sekali lagi kepada PH dalam PRN Melaka 2021.

Ini bagi memastikan janji-janji yang memberi manfaat penuh kepada rakyat Melaka dapat ditunaikan dan bukan sekadar janji manis akibat tamakkan kuasa seperti yang sering ditabur UMNO-PN.

Pilih Harapan, Pulih Melaka