Berita

DAP terus ketengahkan calon pelbagai kaum di PRN Johor

Oleh Roketkini

Kombinasi calon-calon pelbagai kaum yang mewakili semua lapisan masyarakat negara ini menjadi sandaran DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, langkah itu merupakan asas perjuangan DAP yang terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum tertentu.

“Jika Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), DAP bertanding dan menang semua 14 kerusi ditandingi.

“Namun sehingga kini, jumlah sebenar belum dikenal pasti kerana masih dalam rundingan di dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada PRU-14, DAP mengetengahkan calon Melayu iaitu Sheikh Umar Ali dan beliau berjaya menang di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh.

Ketika ditanya jumlah sebenar muka baharu, Nie Ching berkata, segalanya bergantung kepada keputusan akhir yang ditentukan kepimpinan DAP nanti.

“Ada muka baharu atau sebaliknya,itu kena tunggu sebab kita sedang muktamadkan senarai calon,” katanya. – Roketkini.com