Berita

Tujuh lokasi perhimpunan aman ‘Black 505’

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin pertubuhan buikan kerajaan (NGO) menetapkan tujuh lokasi di sekitar Kuala Lumpur untuk acara perhimpunan aman ‘Black 505’ di Padang Merbuk, mulai jam 12 tengahari, Sabtu ini.

Lokasi berkenaan ialah di Brickfields yang akan dipimpin Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan pemimpin BERSIH, Maria Chin Abdullah

Masjid Negara pula dipimpin Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jalan Pudu – dipimpin Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, pemimpin kumpulan anti-Lynas, Wong Tack dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Jalan Raja Laut (Pejabat PAS) – dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Jalan Raja Laut (Sogo) – dipimpin Naib Presiden PKR, Tian Chua, NGO dan bekas pesara tentera.

Universiti Malaya – dipimpin aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan

Pekeliling – dipimpin Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub dan NGO ANAK