Berita

DAP Kluang bantu miskin tegar hidup melarat tanpa keperluan asas

lawatan lct dan mazir (8)KLUANG, 22 JULAI: Janji kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ternyata hanya tinggal janji apabila kemiskinan semakin melebar dalam negara.

Bagi suri rumah yang hanya mahu dikenali dengan Kak Ani, 41, berkata beliau tidak merasai kesan langsung melalui janji kerajaan itu, malah beliau yang tinggal dalam rumah tanpa keperluan asas seperti air dan elektrik di Sri Lalang, Kluang, bertambah melarat.

Kedaifan hidup yang dialami beliau menyebabkan dua anaknya terpaksa berhenti sekolah akibat kekangan kewangan.

keadaan dalam rumah (2)Beliau juga memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu, Sufiah Gumeri, 83, dan ibu mentuanya, Siti Nur Saadah Abdul Rashid, 71, dalam rumah yang serba tidak kekurangan.

“Sebelum ini ada pemimpin datang dan berjanji akan salurkan air dan beri bantuan lain tapi janji sajalah sampai sekarang pun saya terpaksa ambil air daripada perigi yang digali sendiri.

“Saya sebenarnya tidak kisah, tapi kesian tengok anak dan orang tua yang terpaksa menanggung sama penderitaan ini,” keluh ibu kepada lima anak itu.

Berikutan rasa simpati dengan nasib keluarga berkenaan, DAP Kluang semalam mengambil inisiatif bergotong-royong bersihkan rumah, sapu sampah, bersihkan saluran perparitan dan membantu Kak Ani dalam Program Kemanusiaan Ramadhan.

Antara bantuan yang dihulurkan selain membersihkan rumah adalah memberi sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, gula, tilam, perkakas dapur dan lain-lain lagi.rumah

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong sebak dan terharu dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit, malah kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mempedulikan nasib keluarga itu.

“Apa yang paling menyedihkan adalah dua anak beliau terpaksa berhenti sekolah. Kami akan mengambil butiran lengkap anak beliau dan membantu menyekolahkan mereka kembali, kemudian menyalurkan bantuan kewangan agar boleh digunakan untuk perbelanjaan tambang ke sekolah dan sebagainya.

“Kami tidak mahu kemiskinan yang dialami berterusan kepada dua generasi, itulah sebabnya pendidikan sangat penting supaya mereka mampu membantu keluarga pada masa akan datang.

“Mengenai masalah air, kami akan segera menghubungi agensi terbabit untuk telaga sumber air keluargamenyelesaikannya supaya mereka dapat menikmati keperluan asas penting itu,” katanya selepas menemui keluarga berkenaan. -Roketkini.com