GEORGETOWN, 1 OGOS – Kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat telah meluluskan pembinaan 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sejak 2008.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kejayaan itu sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya.
Menurutnya, rumah-rumah berkenaan berharga di antara RM42,000 untuk kos rendah dan RM72,500 sederhana rendah.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang juga berhasrat membangunkan semula beberapa projek perumahan yang akan melibatkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana rendah.
Di bawah kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibangunkan adalah seperti berikut :
|
Kos Rendah | Kos Sederhana Rendah | Jumlah |
Kerajaan | 1194 | 2227 | 3421 |
Swasta | 2612 | 5563 | 8175 |
Jumlah | 3806 | 7790 | 11596 |
Pecahan mengikut daerah bagi projek kerajaan negeri adalah seperti berikut :
DTL | DBD | SPU | SPT | SPS | Jumlah | |
Kos Rendah | 686 | – | – | 304 | – | 990 |
Kos Sederhana Rendah | 1522 | – | – | – | – | 1522 |
Jumlah | 2208 | – | – | 304 | – | 2512 |
* DTL – Daerah Timur Laut
* DBD – Dareah Barat Daya
* SPU – Seberang Prai Utara
* SPT – Seberang Prai Tengah
* SPS – Seberang Prai Selatan
Pecahan mengikut daerah bagi projek agensi kerajaan negeri adalah seperti berikut :
DTL | DBD | SPU | SPT | SPS | Jumlah | |
Kos Rendah | 204 | – | – | – | – | 204 |
Kos Sederhana Rendah | 510 | – | – | – | 195 | 705 |
Jumlah | 714 | – | – | – | 195 | 909 |
* DTL – Daerah Timur Laut
* DBD – Dareah Barat Daya
* SPU – Seberang Prai Utara
* SPT – Seberang Prai Tengah
* SPS – Seberang Prai Selatan
Pecahan mengikut daerah bagi projek Swasta adalah seperti berikut :
DTL | DBD | SPU | SPT | SPS | Jumlah | |
Kos Rendah | 485 | 320 | 885 | 551 | 371 | 2612 |
Kos Sederhana Rendah | 1556 | 3597 | 34 | 91 | 285 | 5563 |
Jumlah | 2041 | 3917 | 919 | 642 | 656 | 8175 |
* DTL – Daerah Timur Laut
* DBD – Dareah Barat Daya
* SPU – Seberang Prai Utara
* SPT – Seberang Prai Tengah
* SPS – Seberang Prai Selatan