All posts by admin

PRK Permatang Pauh: Tolak GST dan kezaliman, bebaskan Anwar, selamatkan Malaysia

Ujarnya, lima perkara yang bukan hanya penting kepada pengundi Permatang Pauh, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia merangkumi isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan bermotif politik, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan skandal kewangan 1MDB.

Kenapa PDRM masih tak keluar waran tangkap terhadap Jho Low?

“Sepatutnya polis berterima kasih kepada Sarawak Report kerana buat kerja dalam menyediakan bukti-bukti dan menyenaraikan semua aliran wang yang menghantui dana 1MDB,”kata Tony Pua dalam satu kenyataan.

Gagal siapkan pasar borong dan jeti nelayan Manjung, DAP Perak gesa SPRM siasat

DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam penyelesaian Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan pemaju yang gagal membina Pasar Borong dan Jeti Nelayan di Manjong.

POTA dan masalah takrif keganasan

Sejak kemelut Islamic State (ISIS) menjadi perhatian dunia dengan kejadian keganasan melibatkan anak muda dari pelbagai negara, konotasi ‘keganasan’ …

“Apakah SPRM lupa bahawa ahli politik perlu telus tentang harta mereka?

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching kesal dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz semalam bahawa syak wasangka sahaja tidak cukup untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan salah laku kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Fitnah tanah wakaf: Guan Eng beri notis 24 jam kepada Utusan

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, melalui peguamnya hari ini mengemukakan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia supaya menarik semula laporan yang mendakwa kononnya tanah wakaf di Pulau Pinang berada di bawah pengawasannya.

ADUN DAP junjung titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, tapi…

Jelas Anthony, tindakan 13 ADUN pembangkang Negeri Sembilan tidak mengangkat tangan dalam menyatakan pendirian ke atas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, adalah kerana teks tersebut disediakan kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN.

Tema ‘Hancur GST’, DAP gerakkan ahli di seluruh negara ke himpunan 1 Mei

Anthony pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini berkata, setiap Jawatankuasa Negeri dan Cawangan DAP komited menggerakkan seramai mungkin anggota untuk turun berhimpun membantah GST secara aman di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

Kenapa abang Ketua Polis Negara terima layanan istimewa?

“Ini berbeza dengan (layanan terhadap) pemimpin Pakatan Rakyat seperti seorang Exco Selangor yang ditahan sehingga tiga hari dan wartawan yang ditahan semalaman dalam lokap polis,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Apakah dana 1MDB USD1.1 bilion benar-benar ada di Singapura?

Dalam satu pendedahan mengejutkan The Sarawak Report, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy didakwa menyebarkan penyata kewangan palsu mengenai kewangan syarikat tersebut berkait aset dan tunai yang dipegang sebuah bank di Singapura.