All posts by admin

Anwar bebas jika rakyat bersatu – Dr Hatta Ramli

Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat itu menegaskan walaupun sistem kehakiman di Malaysia tidak berlaku adil kepada saudara Anwar Ibrahim, beliau yakin dengan kebersamaan seluruh rakyat, Anwar Ibrahim akan dapat dibebaskan.

DAP dan PAS akan pastikan Anwar bebas

DAP dan PAS tetap bersatu hati tuntut keadilan dan pembebasan Anwar walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO.

Guan Eng tak larang, DAP tak boikot #KitaLawan 307, hanya NST dan Bernama bohong

Guan Eng kecam NST dalam sidang akhbar pagi tadi dan menjelaskan bahawa DAP tidak menentang atau menolak perhimpunan #KitaLawan.

Lim Guan Eng galak pemimpin, ahli DAP sertai #KitaLawan hari ini; NST dan Bernama bohong

Transkrip sidang media Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang di satu majlis semalam jelas menunjukkan beliau tidak menentang atau menolak himpunan #KitaLawan hari ini dan sebaliknya mengarahkan DAPSY serta ahli dan penyokong DAP untuk hadir dan mewakili parti menyertainya.

Tony Pua tak gentar disaman Perdana Menteri Najib Tun Razak

Walaupun disaman oleh orang nombor satu Malaysia Perdana Menteri Najib Tun Razak, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata beliau tidak gentar dengan tindakan Najib itu.

Nurul Nuha dan kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ (Bahagian 1)

Ibu kepada dua anak ini menegaskan, pemenjaraan lima tahun ke atas Anwar seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan tanggal 10 Februari lalu tidak lain adalah kerana kelantangan bapanya menentang ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah dan penindasan pemerintah UMNO-BN.

Kerajaan digesa tubuh suruhanjaya khas basmi keganasan terhadap wanita

“Berapa banyak lagi kematian harus Malaysia tangisi sebelum suruhanjaya untuk memerangi keganasan terhadap wanita boleh dibentuk?”

Isu 1MDB: Zahid Hamidi patut arah KPN siasat, bukan nafi pertanyaan rakyat

“Zahid sudah tembak pihak yang salah. Sepatutnya dia letak kesalahan pada mereka yang rompak kerajaan dan pembayar cukai. Beliau juga patutnya salahkan mereka yang membiarkan rompakan besar ini terjadi di depan mata mereka,” ujar Tony.

DAP umum tiga lagi projek Impian Malaysia, ajak orang ramai sertai

“Inilah masanya untuk semua orang menjadi agen perubahan bagi membantu penduduk yang mengalami kesusahan tanpa sebarang bantuan di kawasan pedalaman kerana keadilan hanya akan dapat diperoleh dengan berlaku adil kepada semua pihak.”

Projek kereta api laju Malaysia-Singapura (RTS), apa kesudahannya?

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khalid Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar didesak supaya menjelaskan apakah keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri berhubung pembinaan jajaran landasan Sistem Transit Rapid (RTS) di negeri itu.