All posts by admin

DAP lapor polis dakwaan Jho Low larikan USD 700 juta dana 1MDB

Terkenal dengan gelaran “Paus Parti” di kelab-kelab mewah sekitar New York, Jho Low kini didakwa melarikan dana USD 700 juta dari PetroSaudi melalui syarikat miliknya Jynwel Capital Group menggunakan orang kanannya, seorang individu bernama Seet Li Lin.

Projek naiktaraf jalan Impian Sabah, sukarelawan diperlukan

DAP, melalui inisiatif Projek Impian Sabah menyeru sukarelawan untuk menyertai projek menaiktaraf jalan kampung sepanjang 7.5km di enam buah kampung iaitu Kg Mandamai, Kg Kobon, Kg Dowokon, Kg Maliau Pusat, Kg Maliau Layung dan Kg Perupok) dalam kawasan Pitas di Sabah.

Jho Low tentukan dasar luar Malaysia di Arab Saudi?

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya mendesak Najib untuk menjawab sendiri persoalan-persoalan yang timbul melibatkan Jho Low yang didakwa melarikan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dari syarikat PetroSaudi.

MB Perak diminta jelaskan cadangan penjualan aset negeri kepada TNB

Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Kadir digesa menjelaskan langkah Integrax Bhd, syarikat milikan Perak Corporation Berhad (PCB) yang menerima tawaran belian saham dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada harga yang lebih rendah.

Pakatan Rakyat jangan terjerat muslihat strategis UMNO

Menurutnya, semakin besar tekanan politik ke atas Najib akibat skandal ekonomi, kewangan dan keluarganya, semakin bertambah politik ‘matlamat menghalalkan cara’ ala Machiavellian untuk mengalih perhatian umum daripada permasalahan tersebut.

DAP cadang bonus kakitangan MBPJ disemak, perlu berdasarkan prestasi

Keputusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) memberikan bonus tiga bulan gaji kepada kakitangannya harus dinilai kembali agar benar-benar berbaloi dan mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Aziz Isa: Anak muda DAP dan politik baru di Sarawak (Bahagian I)

Aziz Isa, anak muda kelahiran Sarawak, tidak asing lagi dalam arena politik dan aktivisme di di sana, terutamanya di daerah Tupong. Melihat latar keluarganya, terutama neneknya yang merupakan orang penting dalam Barisan Nasional di Sarawak, mungkin orang tertanya-tanya kenapa beliau menyertai DAP.

Harta Najib dan Rosmah: Kalau bukan warisan keluarga, dari mana datangnya?

Sokongan Najib terhadap kenyataan adik-beradiknya yang menafikan harta yang dimilikinya adalah dari warisan keluarga menimbulkan persoalan dari mana datangnya kekayaan itu, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua

“PAC perlu siasat 1MDB, termasuk juruauditnya”

“PAC seharusnya memanggil segera Shahrol Halmi, bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, Presiden 1MDB yang baru dilantik, syarikat audit 1MDB – KPMG dan Deloitte Malaysia dan pegawai Kementerian Kewangan untuk suatu pendengaran.

Chin Tong sedia debat Timbalan Menteri Kewangan tentang GST

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mahu berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong berkenaan GST untuk mendedahkan kesan sebenar cukai tersebut kepada rakyat terutamanya para peniaga kecil.