All posts by admin

Isu Wanita bukan sandiwara tapi komitmen

Baru-baru ini, saya telah menerima keluhan daripada para ibu-ibu muda yang berkerjaya. Ibu-ibu muda bekerjaya ini ramainya mempunyai tanggungjawab lain selain pekerjaan mereka, termasuklah menjaga anak-anak yang masih kecil, dan menjaga orang tua yang sering sakit.

Mereka memohon supaya Kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti dan pusat-pusat ini perlu dipantau supaya memenuhi syarat-syarat bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak yang ditempatkan di situ. Ibu-ibu muda bekerjaya ini juga menyeru supaya wanita bekerja diberikan cuti tambahan serta elaun penjagaan anak.

Anak-anak merupakan aset negara, Kerajaan sepatutnya tidak boleh membiarkan tanggungjawab ini pada ibu dan bapa semata-mata tetapi ia mempunyai peranan dalam memastikan anak-anak membesar dengan baik dan boleh menyumbang kepada masyarakat kelak.

Sokongan Bumiputera untuk DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011.

Yang menariknya, purata sokongan Bumiputra yang melebihi 30% untuk DAP adalah lebih tinggi daripada sokongan yang diterima MCA dan Gerakan di kalangan pengundi Cina di Semenanjung Malaysia semasa Pilihanraya Umum 2008. Dalam erti kata lain, sokongan Bumiputra Sarawak untuk DAP adalah lebih tinggi daripada sokongan Cina untuk MCA dan Gerakan di Semenanjung.

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed digesa undur daripada SPRM sehingga kes Ahmad Sarbani selesai

DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim berundur daripada memegang

jawatan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

(SPRM) sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad

Sarbani Mohamed diselesaikan. DAP menghormati usaha Datuk Seri Abu

Kassim untuk cuba membersih dan mengembalikan beberapa profesionalisme

ke dalam SPRM yang telah hilang kepercayaan daripada rakyat selepas

kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock yang pada ketika itu

adalah di bawah mantan Pesuruhjaya SPRM.

Datuk Seri Abu Kassim dilihat kurang berjaya dalam pelaksanaannya

kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur

tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta

sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil

tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin

BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Keputusan Utusan Malaysia memecat Hata Wahari memaparkan satu lagi tindakan UMNO mengongkong kebebasan akhbar dan mengaibkan hak rakyat menerima kewartawanan yang berhemah tinggi.

Teresa Kok berasa kesal di atas keputusan akhbar Utusan Malaysia untuk memecat wartawan kanan dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Hata telah dipecat kerana berani mengkritik tindakan Utusan Malaysia yang sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman melalui penerbitannya dan mengambil pendirian yang berat sebelah terhadap UMNO di dalam laporan politiknya.

Tindakan Utusan Malaysia ke atas Hata sudah lama dijangka dan tidak menghairankan banyak pihak kerana dasar kewartawanan Utusan Malaysia memang tidak berlandaskan fakta dan kejujuran tetapi lebih berdasarkan pemeliharaan keperluan politik UMNO.

Media Yang Bebas Dapat Tegakkan Demokrasi, Keadilan, Kebenaran, Dan Integriti Yang Kurangkan Rasuah Dan Penyelewengan.

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, DAP menuntut agar Kerajaan Persekutuan segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memaksa semua penerbitan membaharui permit setiap tahun serta yang memberi kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh.

Sebaliknya suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information(FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mulakan usaha FOI di Selangor dan Pulau Pinang.

Kegusaran Najib – oleh T.K Tan

Kegelisahan Barisan Nasional tentang kepastian hayat politiknya pada pilihan raya umum akan datang kian menonjol. Pelbagai sandiwara politik dimainkan berulang kali untuk menangguk sokongan rakyat.

Hantu Melayu dan Cina datang Lagi – oleh Aria Dwarma

Jika polemik pemimpin politik yang berdasarkan ras bangsa ini difahami dengan betul, maka tuduhan yang mengatakan DAP mengamalkan politik rasis adalah menjadi sebaliknya – senjata makan tuan. Bukti itu telah ditunjukkan dengan jelas sekali oleh parti komponen BN sendiri iaitu MCA.

Awas Api Perkauman – oleh Lidah Pengarang

Matlamat Utusan yang disokong oleh kumpulan-kumpulan rasis di negara ini hanya satu sahaja – untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan fitnah supaya para penyokong PAS dan PKR merasa curiga terhadap DAP yang dituduh sebagai rasis.

DAP Dapat Untung? – oleh Zhafir Z

Ingin dipersoalkan di sini, kenapa DAP tidak “naik sheikh” bila tidak menguasai Perak sedangkan parti yang dituduh “Cina” inilah yang punya banyak kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Inilah bukti bahawa selama ini DAP merupakan parti yang bersifat rendah diri bersesuaian dengan piagam DAP – Jalan Tengah Malaysia.