All posts in 'Berita' Subscribe

Mengapa hakim Hishamuddin digugur kenaikan pangkat?

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria digesa menjelaskan mengapa Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Yunus digugurkan dari senarai kenaikan pangkat kepada jawatan hakim di Mahkamah Persekutuan 16 Februari lalu.

Ranking IPT Malaysia: Idris Jusoh rujuk institusi tidak konsisten dan tiada integriti

Dengan merujuk hanya satu institusi seperti ‘Quacquarelli Symonds Ranking by Subject’ (QS) sebagai pengukur mutu pengajian tinggi, Menteri Pendidikan II Datuk Idris Jusoh berlaku tidak jujur menilai mutu pengajian Malaysia.

Penganiayaan terhadap Anwar: UK gesa UMNO-BN hormati hak asasi manusia

Pemerintah United Kingdom (UK) meneruskan kecaman terhadap tindakan zalim UMNO-BN yang memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru ia dinyatakan di Dewan Rakyat mereka 23 Februari lalu.

Hudud: PAS tidak pernah beri sebarang makluman kepada DAP

DAP menyangkal dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa semua pihak dalam Pakatan Rakyat telah dimaklumkan mengenai rancangan pelaksanaan hudud pada tahun 2011.

IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?

Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia bersifat ‘syok sendiri’ kerana hakikatnya kadar pengangguran graduan IPT Malaysia sangat tinggi kerana kurang kemahiran.

Idris Jusoh guna hujah dangkal terang kualiti pengajian tinggi Malaysia

Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini mengatakan logik Idris itu dangkal dan membingungkan kerana peratusan menunjukkan pelajar asing di Malaysia lebih cenderung memilih universiti swasta (IPTS) dari IPTA untuk menyambung pendidikan mereka.

“Dasar Bersama PR patut diberi keutamaan, contohilah Nik Aziz” -Lim Kit Siang

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, agenda tunggal harus diberikan tumpuan dengan menitikberatkan usaha menyelamatkan ikatan bersama dan menghentikan sebarang usaha menjejaskan kestabilan serta merosakkan PR seperti hudud.

Pendidikan tinggi: Perangkaan Kementerian Pendidikan menidakkan kenyataan Menteri

DAP hari ini mempersoalkan mengapa hanya segelintir pelajar dari United Kingdom, Australia, dan Jerman belajar di Malaysia jika benar dakwaan Menteri Pendidikan bahawa pengajian tinggi Malaysia setaraf dengan pengajian tinggi di negara-negara tersebut.

Jika Sirul Azhar ‘kambing hitam’, siapa gembalanya?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyatannya menggesa Sirul untuk benar-benar menyesali apa yang telah berlaku serta membantah hukuman mati terhadapnya dalam keadaan dalang pembunuhan tersebut masih bebas.

Berapa ramai anak menteri belajar di luar negara?

Sukar bagi Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng untuk mempercayai kenyataan kononnya mutu pendidikan tinggi negara sudah setaraf negara maju seperti United Kingdom, Jerman dan Australia.