All posts in 'Berita' Subscribe

Bentang hudud 18 Mac, isyarat PAS keluar Pakatan – Gobind

Undang-undang hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah pembentangan rang undang-undang itu juga bertentangan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.

Idris Jusoh mengarut, tipu diri sendiri mengenai mutu IPT negara

Adalah amat dangkal untuk mendakwa bahawa mutu pengajian tinggi di Malaysia sudah setaraf universiti negara-negara maju dengan hanya berdasarkan peratusan pelajar antarabangsa di universiti tempatan.

1MDB dan Petrosaudi ‘kongkalikong’ untung mudah RM2.5 bilion untuk syarikat asing?

Usahasama 1MDB dan Petrosaudi merupakan pelaburan pertama yang dibuat oleh 1MDB, yang kini menanggung hutang berjumlah RM42 bilion setakat tahun 2014, yang dilaporkan masih belum mampu dilunaskan.

Dedahkan jumlah bayaran kepada Shafee Abdullah – Kit Siang

DAP mempersoalkan jumlah bayaran yang diterima oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bukan sahaja untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar, bahkan untuk menjelajah ke seluruh negara bagi terus mengaibkan Anwar.

Jelajah penerangan kes Anwar ke seluruh negara, bukti UMNO makin terdesak

Katanya, walaupun Anwar kalah di Mahkamah Persekutuan, namun tetap menang di mata rakyat, sekaligus menyebabkan UMNO semakin hilang pengaruh sehingga terpaksa melakukan sesuatu seperti kempen jelajah untuk mendapatkan semula sokongan.

KPN jangan sibuk main twitter, perlu tahu beza khabar angin dengan laporan media

“Mungkin Khalid sudah lama tidak melayari Twitter, dan tidak membaca laporan eksklusif Malaysiakini mewawancara Sirul Azhar Umar yang kini sedang ditahan pihak imigresen Australia.

Pembunuhan Altantuya ada kepentingan awam, DAP cabar Najib dedah motif

DAP mencabar Datuk Seri Najib Razak menjelaskan motif sebenar pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu jika benar dakwaan Koperal Sirul Azhar Umar adalah mengarut seperti yang beliau perkatakan.

Enggan siasat dakwaan Sirul, KPN gadai keselamatan negara

Laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat jika Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdegil tidak mahu menyiasat bukti baru dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Bagaimana Najib tahu Sirul dan Azilah tak terima arahan bunuh Altantuya?

“Beliau (Najib) boleh mengatakan tidak ada apa-apa ‘arahan’ darinya. Tetapi bagaimana dia boleh mengatakan bahawa tidak ada apa-apa ‘arahan’ dari orang lain?

Kerajaan Persekutuan cuba halang usaha Selangor batal KIDEX

Pembatalan projek lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kini berdepan rintangan apabila Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof mengatakan syarikat konsesi projek itu menepati syarat yang dipersetujui bersama kerajaan.