All posts in 'Berita' Subscribe

Kurangkan kerenah birokrasi untuk bantu warga OKU

Pusat Zakat, JKM, agensi kerajaan serta NGO perlu duduk bersama berbincang supaya boleh bekerjasama, mengurangkan birokrasi serta kerja-kerja pentadbiran yang bertindih.

Projek Janakuasa A4: Peluang tunjuk komitmen kepada tender terbuka – IDEAS

Pengunduran YTL itu membuka peluang untuk Suruhanjaya Tenaga mematuhi janjinya untuk melaksanakan proses tender terbuka bagi projek janakuasa demi kebaikan rakyat.

Tindakan polis kekang himpunan anti-Lynas bertentangan Perlembagaan Persekutuan

Polis melanggar kebebasan berhimpun yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang apabila secara terbuka memohon injunksi mahkamah melarang orang ramai mendekati kilang Lynas dalam lingkungan 20 meter.

‘Kenapa tidak batal sahaja larangan masuk Sarawak?’

Menghargai keputusan Adenan menghentikan sementara larangan itu bagi membolehkan pimpinan Pakatan menghadiri majlis pengebumian mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek Wong Ho Leng, Teresa tetap menggesa Adenan membatalkan sahaja larangan tersebut.

‘Penswastaan’ UiTM beri untung kepada Umno

Pembinaan sepuluh kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) melahirkan kegusaran lantaran ‘penswastaan’ universiti awam tersebut dikhuatiri akan menambah beban mahasiswa.

Tinggal seminggu lagi pelaksanaan, PT3 masih kabur

Parlimen Serdang Ong Kian Ming mempersoalkan kerajaan yang masih gagal memberi penjelasan berhubung pelaksanaan sistem Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, walaupun sudah masuk semester kedua persekolahan.

Pakatan Rakyat harus utamakan agenda bersama – Anthony Loke

Matlamat kita untuk pastikan dasar dan agihan kekayaan negara diagih secara adil, tiada rasuah dan salahguna kuasa. Semua ini menepati dengan nilai-nilai Islam iaitu untuk membela golongan miskin dan memberi keadilan kepada mereka

PR pertikai keputusan SPAD arah landasan keretapi Gemas–Gua Musang ditutup

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar berkata, kajian semula harus dibuat berhubung arahan itu, kerana ia akan membawa dampak yang amat serius kepada rakyat.

DAP mohon Adenan Satem batalkan pengharaman pemimpin PR masuk Sarawak

“Sebagai Ketua Menteri yang sering mengatakan bahawa kerajaannya mengamalkan autonomi imigrasi, mengharamkan pentaksub agama dan kaum dari masuk ke Sarawak, saya bingung mengapa kami tidak dibenarkan masuk.

Adun DAP Bukit Assek meninggal dunia

dun DAP Bukit Assek Wong Ho Leng telah meninggal dunia akibat barah pada jam 10.50 malam tadi. Wong, 55, awal tahun lalu telah menjalani rawatan diagnosis kerana mengidap penyakit tumor otak.