All posts in 'Berita' Subscribe

DAP desak SPR perjelas percanggahan jumlah keluar mengundi dan keputusan rasmi PRK Teluk Intan

Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming berkata, jumlah pengundi jeluar mengundi yang diumumkan SPR adalah sebanyak 40,242 termasuk pengundi awal, tetapi keputusan rasmi kiraan undi ialah 40,619 dalam PRK itu.

Isma ajak Melayu bersatu atas kebencian – Zairil

“Ketika Isma ingin Melayu bersatu dalam membenci masyarakat lain, DAP sepanjang kewujudannya sentiasa menginginkan orang Melayu dan kaum lain bersatu demi kebaikan bersama. Siapakah pentaksub dan pelampau di sini?”

Penggantungan pelajar UMS tidak sejajar keputusan terbaru Mahkamah

DAP mendesak Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (Umskal) menarik balik penggantungan ke atas tiga pelajarnya yang berhimpun secara aman di kampus Februari lalu.

Najib disaran tubuh jawatankuasa kabinet, selesaikan segera kes kesilapan pendaftaran

Seruan itu disampaikan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berikutan kes yang menimpa Zarinah Abdul Majid dan beberapa orang lain yang telah menyebabkan mereka hidup dalam kesulitan.

Kerajaan disaran jangan terburu-buru laksana sistem baru agihan subsidi bahan api

Muka depan akhbar Sin Chew Daily 3 Jun lalu melaporkan terdapat cadangan rasionalisasi subsidi petrol melibatkan pengguna kenderaan berpendapatan RM5,000 ke bawah yang memiliki kenderaan berkeupayaan di bawah 2000cc.

Pakatan gesa kaji semula bidang kuasa Sultan dalam RUU perumahan dan hartanah Johor

Pakatan Rakyat Johor menggesa kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pilihan bagi mengkaji semula Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskannya.

Serbuan JAIS: Orang bukan Islam kini ‘dalam tawanan’?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ternyata gagal mengambil kira perasaan masyarakat bukan Islam dan langsung tidak menghormati kesucian rumah ibadat dan majlis keagamaan mereka, seperti yang dilihat dalam serbuan melulu ke majlis perkahwinan Hindu hujung minggu lalu.

Setelah Dyanamania, kerajaan dijangkiti Dyanafobia

Sangat ironi apabila ketika Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor menyeru para guru untuk kembali terlibat dalam politik di bawah BN, pegawai tinggi Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada seorang guru yang meletakkan poster kempen Dyana di Facebook.

DAP Johor usul enakmen pelihara hutan bakau negeri

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mengusulkan Enakmen Pemuliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Bakau dengan tujuan memelihara hutan bakau di negeri itu.

Kes rogol di Kelantan, DAP gesa pihak berkuasa segera bertindak

Bee Yin turut menyeru Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim supaya menangani trend penderaan kanak-kanak dan kejadian rogol yang merisaukan itu dengan rancangan strategik dari segi pencegahan, campurtangan, penguatkuasaan dan pemulihan.