All posts in 'Berita' Subscribe

DAP mahu Najib jelas sikap biadap Wan Junaidi

DAP hari ini mengancam untuk mengheret Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau enggan menarik balik dakwaan bukan Melayu ‘lebih menerima’ rogol bawah umur.

PRK Kajang: Henti segera sebar gambar, risalah fitnah

DAP mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengedarkan bahan palsu dan fitnah ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang seperti yang ditemui baru-baru ini termasuk risalah fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gambar palsu calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

KDN akui video Teresa Kok tidak perlekehkan PM, sensitiviti agama Islam

Penjelasan rasmi yang diterima itu dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberi pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat pihak NGO Islam.

Sistem PBS dipinda, DAP desak kerajaan BN tarik balik hukuman ke atas guru

Keputusan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminda sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) membuktikan kritikan sebilangan guru terhadap sistem itu benar. Justeru, kerajaan perlu menarik semula hukuman ke atas guru-guru itu, termasuk Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) , Mohd Nor Izzat Johari.

Kit Siang pertikai motif taklimat Hishammuddin hanya kepada Ahli Parlimen BN

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya menampilkan perpaduan nasional dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbesar dalam sejarah dunia yang membabitkan pelbagai negara, bukannya mencemarkan Parlimen dengan menimbulkan perpecahan mengenai krisis pesawat Malaysia Airlines MH370.

DAP cadang bantuan tahunan kepada pesara askar tanpa pencen

Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen menggesa kerajaan memberi bantuan kewangan tahunan kepada pesara askar tidak berpencen yang banyak berkorban demi keselamatan negara.

Rogol bawah umur: Wan Junaidi putar belit statistik untuk hina bukan Melayu

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sengaja menyakitkan hati orang bukan Melayu dengan menyalahgunakan statistik kes rogol bawah umur, kata Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar.

Taklimat MH730: Alasan Hishammuddin tidak jemput MP Pakatan Rakyat tidak masuk akal

Pakatan Rakyat membidas alasan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dijemput ke taklimat isu kehilangan pesawat MH370 kerana ‘tidak memintanya’.

Menteri BN biadab dakwa bukan Melayu terima rogol bawah umur – Gobind Singh Deo

DAP mencabar Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan dengan jelas apakah asas yang membolehkan beliau mendakwa orang bukan Melayu kurang sensitif terhadap kes rogol bawah umur.

Selamat ulangtahun ke 48 DAP

Walaupun sudah berusia 48 tahun, DAP sehingga saat ini tetap teguh dengan prinsipnya memperjuangan keadilan dan kebebasan serta tidak akan berganjak walau seinci pun demi kemakmuran rakyat.