All posts in 'Berita' Subscribe

KM Pulau Pinang layak guna dua kereta Mercedes-Benz tetapi guna satu: Pegawai Kewangan Negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng walaupun layak menggunakan dua kereta Mercedes-Benz iaitu S400 dan S300, tetapi beliau hanya menggunakan sebuah kereta S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 berbanding harga asal RM657,218.

Bantah kenaikan kos sara hidup: Himpun salah, tak himpun pun salah

Rakyat tak himpun, Menteri kata tak dengar aduan. Rakyat himpun, Menteri kata buang masa. Inilah dia, kerajaan BN yang amat mendahulukan kepentingan rakyat.

BN terus ‘curi’ duit rakyat ketika kenaikan harga barang, hutang – Guan Eng

Lim Guan Eng mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak memerangi rasuah sebaliknya membiarkan kroni dan keluarga BN terus ‘mencuri’ duit rakyat ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga dan hutang sebanyak 83.5 % daripada hasil KDNK

Zaiton Mat simbol rendahnya tahap pemikiran pemimpin UMNO

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Ketua Wanita UMNO Kuantan yang meminta rakyat keluar daripada Malaysia jika tidak bersetuju dengan dasar kerajaan adalah gambaran jelas betapa rendahnya tahap pemikiran pemimpin UMNO.

Pemuda DAP pelawa Pemuda BN sertai perhimpunan bantah kenaikan harga barang

Pemuda DAP Kebangsaan mempelawa Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama anak muda ke perhimpunan aman membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka, malam 31 Disember ini.

Isu pekerja asing: Aliran keluar tunai tidak masuk akal, sistem penjagaan kesihatan terjejas

Kiriman wang pekerja asing ke negara asal (remittance) mereka yang berjumlah hampir RM20 bilion tahun lalu akan meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia bertambah sebanyak RM714 kepada RM33,916 jika rakyat memperoleh upah yang sebetulnya.

Malaysia milik rakyat, bukan milik UMNO/BN – Kasthuri Patto

Malaysia ini milik semua rakyat yang berbilang kaum, agama dan etnik, ia bukan milik parti UMNO/BN. Siapa yang beri hak kepada pemimpin UMNO untuk menyuruh rakyat yang tidak suka dengan polisi kerajaan supaya tinggalkan negara ini?

Isu The Heat: UMNO/BN cabuli kebebasan media

Tindakan kerajaan menggantung akhbar The Heat baru-baru ini adalah perilaku kejam terhadap media sekaligus mempertontonkan watak sebenar rejim UMNO/BN yang akan menggunakan apa saja cara demi menutup mulut pengkritik.

Gantung The Heat untuk tutup kebenaran

Ramai orang kata The Heat digantung kerana itu dan ini (sebab teknikal). Isu ini jelas, ia digantung kerana kandungannya bongkar tembelang Perdana Menteri.

Gantung ‘The Heat’: Kebebasan akhbar Malaysia bakal lebih teruk daripada Myanmar

Adakah Malaysia menuju ke kedudukan yang terendah dalam sejarah Indeks Kebebasan Media, malah lebih rendah daripda Myanmar, pada 2014 nanti?