All posts in 'Berita' Subscribe

UMNO gagal bela kontraktor Bumiputera, Bank Negara disaman RM131.9 juta

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang mempengerusikan sidang media bersama pengarah syarikat tersebut berkata bahawa Bank Negara bukan sahaja telah mengakibatkan kerugian besar kepada sebuah syarikat yang jujur, malah telah memusnahkan segala yang dibina oleh syarikat Bumiputera itu selama lebih 24 tahun lalu.

Pemuda DAP kutuk keganasan, kebiadapan Perkasa

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, tindakan ganas oleh ahli-ahli kumpulan pelampau kaum itu semakin keterlaluan berikutan kegagalan polis untuk mengambil tindakan tegas ke atas tindak-tanduk mereka.

Polis biar Perkasa mengganas, bukti UMNO-BN sokong kumpulan pelampau

“Sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis,”

Utusan fitnah lagi, Kit Siang TIDAK pernah jadi Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew

“Saya tidak pernah sekali pun terlibat dengan PAP dalam tempoh saya memegang jawatan sebagai wartawan di Singapura dari tahun 1961-1964″ – Lim Kit Siang.

Mengapa pengundi Cina tidak akan menjadi faktor penentu dalam PRU13

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti.

Pelancaran buku Fan Yew Teng di KL esok malam

Pelancaran buku ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) beralamat No 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, mulai jam 7.30 malam. Masuk adalah percuma.

Teater Beng Hock: Kesedaran masyarakat amat penting

Menurut pengarah urusan Rumah Anak Teater, Faisal Mustafa isu Beng Hock bukan isu orang Cina, sama seperti isu kematian Amirulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis yang tidak boleh dianggap isu orang Melayu, kerana ia adalah soal keadilan sejagat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selesai masalah sekolah

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah yang dihadapi SJKC Tche Min di Sungai Pelek, Sepang, apabila Majlis Exco Kerajaan Negeri meluluskan keputusan pengambilan tanah satu ekar bersebelahan sekolah berkenaan.

Dituduh dedah rahsia kerajaan, Guan Eng saman Utusan, NST, Perkasa

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memfailkan saman fitnah bernilai RM15 juta terhadap dua akhbar arus perdana dan pemimpin Perkasa di atas tuduhan palsu kononnya beliau mendedahkan rahsia negara kepada parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP)

Pemimpin UMNO mahu Ambiga dihukum mati kerana tuntut pilihan raya bersih

DAP mahu polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen UMNO Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, kerana mahu Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, dihukum mati kerana memperjuangkan hak kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan menuntut pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.