All posts in 'Berita' Subscribe

Malaysia Airports terdesak, hak awam tergugat

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman itu dibuat oleh MAHV pada 30 Januari lalu walau pun Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad pernah menyatakan pada 29 November tahun lalu bahawa tiada sebarang dana awam digunakan untuk menampung kenaikan mendadak kos KLIA2.

Berapa ramai pegawai, kakitangan kaum India dalam perkhidmatan awam?

Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Tiada Menteri berani mengaku bangsa Malaysia dahulu, kaum kemudian

Seperti diramal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pada sidang Parlimen 2010, tiada seorang Menteri Kabinet pun yang berani mengaku diri sebagai pemegang “DNA” 1Malaysia.

Wahai UMNO, ke mana hilangnya RM1.1 juta untuk warga miskin tegar Pulau Pinang?

Zainal Abidin telah berjanji bahawa kementerian tersebut akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.

Perkasa: Tunggang terbalik Najib

Datuk Seri Najib Razak yang pernah mempertahankan agenda pertubuhan ultra kaum Perkasa dengan menganggap kumpulan itu bukan pelampau ekstrem, kini menganggap badan itu tidak ada kena-mengena dengan UMNO.

DAP kecam tindakan letak kepala babi di masjid

Lim Guan Eng yang mengutuk insiden itu, berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti itu kerana ia bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.

Utusan dan Chua Soi Lek, siapa menipu?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis dengan tuduhan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, bahawa DAP merupakan parti politik paling rasis di dunia.

Jika Najib takut menentang rasuah, NKRA dan GTPnya hanya jadi mimpi ngeri

Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri sepatutnya berani mengarahkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Projek lebuh raya Banting-Taiping penuh keraguan, persoalan

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) perlu mendesak Pejabat Perdana Menteri untuk mengeluarkan segala maklumat berhubung pemberian konsesi kepada Europlus bagi pembinaan lebuh raya tersebut.

Rasiskah DAP kerana membela rakyat, mendedah penyelewengan UMNO-BN?

“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”