All posts in 'Rencana' Subscribe

Teluk Intan: kalah tempur, menang perang

Kalau tujuan DAP ialah untuk melebarkan asas sokongannya melangkaui kelompok penyokongnya yang teras, untuk menjangkaui semua kaum, bukan hanya bagi Teluk Intan, malah bagi seluruh Malaysia, maka mencalonkan Dyana, dengan segala risiko yang telah diketahui, adalah langkah maju yang perlu diambil.

Anti-perkauman: Kini kita ada Dyana

Tidak sedikit orang ragu bahawa DAP meletakkan Dyana Sofya kerana ia sungguh-sungguh mahu menamatkan riwayat politik perkauman. Apabila beberapa pemimpin parti ini menyebut bahawa DAP mungkin kalah di Teluk Intan, tidak banyak orang percaya. Padahal, itu juga satu hakikat.

Dyanamania tukar Teluk Intan jadi ‘medan perang’

Dari tiang ke tiang, papan tanda ke papan tanda, masing-masing berlawan memperagakan kelebihan mereka – Dyana dengan kesegarannya, Mah Siew Keong dengan pengalamannya. Sedikit mengecewakan, BN mengaku kalah awal apabila menghitamkan rambut Mah pada kebanyakan poster – seolah-olah ‘mengkhianati’ modal pengalaman yang mereka sendiri peragakan.

Surat terbuka untuk orang Teluk Intan

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.

Catatan Ringkas ke Selatan Teluk Intan

Hampir setiap hari saya berputar ulang di sekitar Teluk Intan di kawasan Pasir Bedamar dan Changkat Jong untuk melaporkan kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan harapan dia akan menang dan diangkat sebagai Ahli Parlimen di sini supaya dapat membuka lembaran baru dalam arus politik negara.

Dari Bukit Gelugor Ke Teluk Intan

Dyana adalah mutiara yang menyinari harapan baru di mana parti politik tidak dicam melalui etniknya tetapi melalui dasar yang diperjuangkan dan siapa sahaja rakyat Malaysia yang yakin dengan dasar ini boleh menyertainya.

Surat Terbuka kepada Pengundi Teluk Intan

Teluk Intan adalah langkah pertama kita menuju Putrajaya pada tahun 2017 nanti demi meletakkan noktah kepada perpecahan dan politik perkauman yang dibawa oleh BN.

Komentar Roketkini: Pertandingan memperlekeh wanita

Sifat buruk sesetengah pemimpin UMNO serta konco-konco mereka tentang wanita kini sudah terserlah. Bagi mereka, perempuan hanyalah bahan dagangan yang dinilai cantik atau tidak. Untuk mereka, akal fikiran hanya milik lelaki.

Korupsi, integriti, dan coklat berinti babi

Korupsi dan integriti tidak ada kena-mengena dengan coklat dan babi. Namun kedua-duanya ada sedikit persamaan yang akan kita kisahkan kemudian.

Sebab saya sokong Dyana

Gagasan dan sudut pandang baru dalam melihat permasalahan seperti beginilah yang amat diperlukan di setiap peringkat pemerintahan. Dyana seperti angin segar bagi lanskap politik Malaysia – angin segar yang akan membawa perubahan, bermula dari Teluk Intan dan seterusnya bertiup ke seluruh pelusuk tanahair.