All posts in 'Rencana' Subscribe

Dyana, awek cun menggugat! – Izmil Amri

Jarang sekali rakyat Malaysia menegakkan tempat duduk dan membuntangkan mata apabila melihat mana-mana ahli politik muncul ke tengah khalayak, apatah lagi sewaktu pilihanraya. Bagi banyak dari kalangan kita, ahli politik harusnya tua, punya pengalaman luas, duit berbakul-bakul dan sudah penuh lemak perut.

Sasaran Johor sifar setinggan gagal – Mahdzir Ibrahim

Hasil tinjauan mendapati masalah di kawasan terbabit banyak berkisar tentang status tanah yang telah didiami oleh penduduk setinggan semenjak tahun 40-an lagi. Rata-rata penduduk di situ tidak mendapat geran tanah sungguhpun mereka adalah peneroka awal kawasan tersebut.

Erti kemenangan Pakatan di Bukit Gelugor dan Teluk Intan

Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dan Teluk Intan yang akan diadakan beberapa minggu lagi amat penting, terutama bagi mengekalkan laungan bantahan ke atas dasar-dasar dan perlakuan kerajaan Barisan Nasional.

Rasisme, Alifah, Malcolm dan keluarga manusia – Zahid Naser

Janganlah rasisme dibalas dengan rasisme juga. Rasisme harus dibalas dengan hujah yang baik, konstruktif dan jauh dari emosi. Apalah gunanya apabila permusuhan yang dihantarkan itu dibalas juga dengan permusuhan. Dunia tidak akan bernafas lama jika hanya itu sahaja yang manusia tahu lakukan.

Edward Said tentang para intelektual – Muhammad Nazreen

Kebanyakan intelektual mewakili pendapat yang tidak digemari. Mereka berkata atas kapasiti kebenaran. Mereka disisihkan kerana sikap menolak pembodohan dan hidup bersendirian kerana merekalah ancaman sebenar terhadap kekuasaan.

Hudud Dalam Psike Masyarakat Cina – Mujahid Yusof Rawa

Psike atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psike banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.

Wujudkan dasar untuk menggalakkan wanita bekerja – Ucapan Hari Ibu daripada Wanita DAP Johor

Kami komited untuk terus mengangkat isu hak dan kebajikan kaum ibu, agar terbentuk negara yang lebih baik untuk golongan wanita dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Strategi alih perhatian mainan ISMA dan MCA – Izmil Amri

Di sini kita melihat persamaan antara MCA dan ISMA. Kedua-dua masih terperangkap dalam polemik kaum dan pertentangan agama yang sengaja dipanjang-panjangkan demi mengalihkan perhatian rakyat terbanyak daripada hal-hal yang lebih menekan.

Thomas Piketty: Hero baru dunia ekonomi – Muhammad Nazreen

Dia turut dianggap sebagai pencetus revolusi ekonomi era baru, terutama berikutan penelitiannya ke atas ‘economic inequality’ – kajian yang dianggap fundamental untuk memahami realiti ekonomi semasa.

Negara dijadikan tebusan, di mana Najib? – Charles Santiago

Orang seusia saya telah belajar untuk mengabaikan kejahilan yang dipamerkan orang di sekeliling. Namun sukar untuk mendiamkan diri ketika membaca kenyataan seperti itu. Ia memberi kesan serius kepada Malaysia yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama. Hal ini telah saya tekankan berkali-kali.