Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam.
Hakikat yang perlu difahami adalah pertembungan dua kelompok di dalam UMNO. Demi mempertahankan kuasa, segala jalan digunakan walaupun ia berpotensi menghakis kestabilan dan keharmonian negara ini.