Steven Sim Chee Keong menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mampu memenuhi lima syarat penting yang belum tertunai.
Dalam Bajet 2014, kerajaan memotong subsidi gula, melaksanakan GST mulai April 2015 dan langkah lain yang tidak realistik dalam konteks membantu rakyat miskin.
Guan Eng mempertikaikan tindakan kerajaan menarik balik subsidi gula untuk orang miskin yang hanya akan dapat menjimatkan RM513 juta setahun tanpa menyentuh langsung subsidi gas untuk pengeluar tenaga IPP yang kaya raya.
Gabungan GST dan dasar kabotaj terhadap negeri itu akan membuatkan golongan yang miskin akan terus miskin dan terbeban katanya membahas Bajet 2014 semalam di Parlimen.
Sehingga kini kita lihat dalam Bajet 2014 baru-baru ini tidak ada sebarang pengumuman untuk memansuhkannya. Sudah lima bulan selepas PRU-13, mengapa dalam Bajet 2014 tidak disebut langsung mengenai janji mereka?