All posts tagged 'MH370'

MH370: Bawa pulang ‘Kebenaran’

Hampir mustahil untuk membawa kembali jasad penumpang dan anak kapal kepangkuan keluarga mereka, namun berharap kebenaran berjaya dibawa pulang untuk semua pihak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat malang itu.

MH370: Pemimpin DAP ucap takziah

DAP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa termasuk penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berikutan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak, malam tadi.

Bomoh, positivism dan MH370 – Oleh Haris Zuan

Ritual kebudayaan ini juga berdepan tentangan daripada proses pemodenan yang mengimani doktrin positivism – segala-galanya mesti ‘saintifik’ dan berdasarkan pembuktian atau empirikal.

Misteri kehilangan MH370: Media Malaysia suatu tragedi Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah

Jadi timbul persoalan mengenai sikap tidak serius dalam kalangan media arus perdana Malaysia yang diharapkan menjadi lapangan utama rakyat untuk mendapatkan maklumat dan belajar sesuatu daripada kes kehilangan pesawat ini.

JK Khas Parlimen boleh bantu selesai misteri kehilangan MH370 – Kit Siang

“Kita tidak boleh berpura-pura seolah-olah tidak banyak persoalan yang timbul, samada daripada pihak keluarga mangsa, sahabat handai atau masyarakat dunia, tidak kira di dalam atau luar negara, namun jawapan kepada persoalan ini harus ditangguhkan kerana keutamaan dan fokus sekarang adalah untuk menemukan pesawat terbabit,” kata Kit Siang

Maklumat MH370 bercanggah bukti negara lemah tangani krisis – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kaedah penyampaian maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370, terutama beberapa kenyataan bercanggah daripada pihak berkuasa yang mengelurikan.