All posts tagged 'Najib Razak'

Kekal Akta Hasutan, kemenangan pelampau dalam UMNO

“Najib akan melakukan kesilapan besar jika dia merasakan tindakannya tunduk kepada puak kanan dan ekstremis berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO kerana realiti adalah sebaliknya,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Kekal Akta Hasutan, bukti UMNO bukan parti perubahan

Tindakan ‘u-turn’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti perubahan, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.

Tubuh jawatankuasa terpilih parlimen rangka akta tangani IS – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengusulkan agar Dewan Rakyat mewujudkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk merangka undang-undang berhubung ancaman militan Islamic State (IS) serta organisasi lain seumpamanya.

Najib perlu jawab tiga perkara sebelum sidang Parlimen berakhir

Tiga perkara tersebut adalah Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sabah, kertas putih ancaman militan Negara Islam (IS) melibatkan rakyat Malaysia dan kenyataan menteri berhubung skandal berbilion ringgit 1MDB.

Tindakan undang-undang tak gugat DAP bongkar isu 1MDB

Notis tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Uata Tony Pua tidak menggugat DAP untuk terus membongkar kepincangan dan salahurus pentadbiran 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bersediakah Najib laung kesederhanaan di Perhimpunan Umno?

Apakah Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu depan dapat menghantar pesanan jelas bahawa Umno akan berada di depan, dan bukannya menjadi penghalang utama kepada gerakan kesederhanaan menentang ekstremisme di Malaysia?

DAP desak Najib jawab skandal 1MDB di Parlimen Isnin ini

“Najib tidak harus memberikan contoh yang buruk kepada menteri lain dengan melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawabnya. Beliau harus membuat kenyataan menteri di Parlimen bagi persoalan mengenai skandal 1MDB.

Malaysia melonjak dalam Indeks Keganasan Dunia, peringatan buat semua

Beliau berkata demikian mengulas laporan dikeluarkan Institute of Economics and Peace 18 November lalu, menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-48 daripada 162 negara, melonjak 42 tangga daripada kedudukan ke-91 pada 2012.

Usaha Najib tolak ekstremisme gagal, tiada pemimpin Umno komited

Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada mana-mana menteri pun yang dilihat komited memperjuangkan agenda kesederhanaan walaupun ia merupakan asas kepada kempen Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pemimpin Umno sendiri tolak laungan ‘kesederhanaan’ Najib

Soalan ini sewajarnya ditanya empat tahun selepas Najib melancarkan kempen GMM-nya, malah disambut dengan jawapan yang tidak memuaskan adalah cerminan menyedihkan terhadap kegagalan satu lagi dasar utama Perdana Menteri keenam kita.