Rencana

Transkrip ucapan Lim Kit Siang di ceramah ‘Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan’

Terima kasih MC YB Baihaki dan YDP PAS Kota Bharu, YB Cikgu Rahim, Timbalan Presiden PAS YB saudara Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR YB Rafizi, YB Zuraida dan pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat, saudara- saudara dan saudari, selamat malam salam sejahtera dan salam Ubah.

Dalam dua tiga hari ini apa menjadi tajuk berita besar? Dua tiga hari ini, skandal 1MDB dan masalah skandal penjualan tanah di KL kepada Lembaga Tabung Haji bukan? Itu tajuk berita besar dan selepas itu pun ada lagi satu dua tajuk besar.

Hari ini nampaknya ada satu blog yang ditulis oleh Zaid Ibrahim, bekas Menteri. Dia kata daripada Jepun dia dapat maklumat bahawa ada satu perjumpaan sulit di Milan.

Kenapa di Milan? Siapa ada di Milan? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sekarang berada di Milan Itali. Dia ikut Zaid Ibrahim, dia dapat maklumat bahawa ada satu mesyuarat sulit Tan Sri Muhyiddin dengan Tengku Razaleigh mengenai kemungkinan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

LKS-kota-bharuBenar tak benar dia kata pun tak tahu. Dia tak tahu, saya pun tak tahulah. Tapi apa yang kita tahu ialah Perdana Menteri kita di Tawau Sabah hari ini, malam ini. Dan dia sudah mula berperang dengan Tun Dr Mahathir. Dia cabar Dr Mahathir bahawa jangan kacau dia, dia rela lawan balik. Mungkin esok apabila dia jumpa dengan Ketua Bahagian UMNO akan (ada) perkembangan yang berikut(nya).

Tetapi dengan perkembangan- perkembangan semacam ini, bolehkah kita tumbang(kan) UMNO dan BN di masa depan? Bolehkah? Mungkinkah?

Kali yang pertama dalam sejarah Malaysia 58 tahun. Kali yang pertama kita lihat kemungkinan bahawa kita boleh tumbang(kan) UMNO dan BN. Dan ini kita boleh lihat daripada keputusan PRU-13 di mana parti-parti Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP.

Kita memperolehi majoriti pengundi- pengundi sungguhpun kita kalah daripada segi kerusi parlimen oleh kerana persempadanan kawasan- kawasan pilihanraya yang tidak adil dan tidak demokratik.

Dan bukan sahaja di masa depan, kalau kita ikut trend ini, mungkin kita boleh sampai ke Putrajaya. Tetapi ada tujuh negeri pun mungkin boleh jatuh. Betul? Kedah boleh jatuh? Terengganu boleh jatuh, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan satu negeri sampai PRU 2013 dilihat sebagai satu negeri tak mungkin parti- parti pembangkang untuk (ber)pecah.

Johor, Johor sekarang sudah dekat, kita boleh pun memerintah di Johor mengikut keputusan PRU-13. Betul? Tetapi pra-syarat ialah bahawa Pakatan Rakyat kekal.

Bolehkah Pakatan Rakyat kekal? Teruskan. Kalau saya ditanya saya pun tak tahulah. Sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal atau tak boleh kekal. Lagi satu bulan akan menentukan masa depan sama ada rakyat Malaysia boleh tukar tumbang(kan) UMNO dan BN dalam PRU akan datang.

Baru- baru ini saya dengan empat ahli parlimen DAP, YB daripada Kluang Chin Tong, YB daripada Bukit Bendera Zairil Khir Johari, YB daripada Seputeh Teressa dan YB daripada Bukit Mertajam Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir untuk jumpa tukar fikiran dengan pelajar- pelajar kita di Jordan lebih kurang dua ribu orang.

Ada pelajar- pelajar kita di Jordan dan di Mesir. Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar- pelajar di Mesir dan kita ada tukar fikiran dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.

Dan mereka sangat frank (terbuka) (ber)tukar pandangan dan ada soalan- soalan dikemukakan dan mereka ada tanya mengenai masalah- masalah politik di negara kita, sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal. Masalah-masalah yang sekarang Pakatan Rakyat hadapi. Kenapa Pakatan Rakyat tak boleh terus bersatu padu?

Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji(kan). Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai Dasar Bersama.

Dasar Bersama mengenai masa depan (bagi) menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah(nya).

Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh (ber)pegang (kepada) apa yang kita sudah janji(kan), bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai.

Dan dalam pertukaran (pandangan), sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam, tetapi dalam Jordan, dalam Mesir, 92 peratus penduduk- penduduknya orang Islam. Di Mesir 95 peratus penduduk-penduduk orang Islam. Di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.

Ada pandangan, ada pertikaian, ada debat sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Dan saya bacalah apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid. Baca bahawa sarjana- sarjana dan ustaz- ustaz, ulama’-ulama’ Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan ada syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.

Syeikh Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.

Dan pun ada priority, keutamaan. Saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat-syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaan, semacam perumahan, semacam kesihatan dan transport lain- lain semua dibekalkan – keselamatan.

Semua diberikan sebelum kewajipan – hak-hak diberikan sebelum kewajipan dituntutkan. Itu bukan saya kata. (Sebaliknya) apa (yang) saya baca di Jordan dan di Mesir. Ada pandangan dalam pertukaran fikiran dengan pelajar- pelajar, saya kata bahawa kalau kita tidak ada persetujuan dengan perkara ini, bukan oleh kerana kita anti-Islam.

Adakah masalah di Jordan di Mesir masalah anti-Islam? Bukan, tetapi mengenai sama ada sesuai atau tak sesuai. Khasnya dalam Malaysia suatu masyarakat majmuk. Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip- prinsip utama dimaktub, itu hal- hal yang lain. Dan saya rasa mustahak khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dillihat sebagai anti-Islam atau bukan anti-Islam.

Saya, mungkin saya rasa bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai ada pelaksanaan hudud. Itu bukan oleh kerana saya anti-Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti-Islam dan pro-Islam, saya rasa ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada masyarakat kita.

Ceramah Kukuhkan Pakatan, Hancurkan BarisanAdakah pemimpin- pemimpin Perdana Menteri, lima Perdana Menteri yang kita ada, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, (Dr) Mahathir 22 tahun (tadbir) dan Tun Abdullah – mereka anti-islam? Adakah UMNO anti-Islam? Kalau UMNO anti-Islam oleh kerana rasa bahawa hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia, adakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan UMNO pun anti-Islam? Tak mungkin, tak mungkin.

Parti PAS pun pernah bekerjasama dengan UMNO tahun 1973 ke 1977. Saya rasa kita perlulah fikir lebih mendalam dalam perkara ini. Apa yang mustahak ialah bahawa kalau kita mahu memastikan bahawa kita ada satu kerajaan yang baik, ada good governance, pemerintahan yang baik. Tidak ada skandal MDB, tidak ada penyelewangan semacam Lembaga Tabung Haji dan lain- lain. Kita perlu ada satu kerajaan yang boleh memastikan rakyat boleh menikmati keadilan, kebebasan dan kemajuan.

Tak kira apa kaum, tak kira apa- apa agama. Kita dalam Malaysia, kita perlu mengakui inilah satu masyarakat majmuk. Saya rasa ini mustahak dan kali yang pertama dalam 58 tahun kita ada peluang. Kita melihat peluang boleh tumbang(kan) kerajaan UMNO dan BN.

Tetapi kalau dalam satu bulan ini oleh kerana perkembangan-perkembangan politik dalam tanahair kita, Pakatan Rakyat tidak boleh dikekalkan, kita akan hilang peluang ini. Peluang yang (ke)emas(an), once in a lifetime – once in a lifetime, tak mungkin kemungkinan ini berlaku begitu (dalam) masa yang singkat.

Dan saya pun (ber)harap, saya pun lama dalam politik. Tahun depan 50 tahun saya dalam politik. Apa saya harap lihat ialah bahawa dalam PRU masa depan, Pakatan Rakyat boleh kekal.

Pakatan Rakyat boleh tumbang(kan) UMNO dan BN dan ada satu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan lapan negeri Malaysia. Kalau ini boleh berlaku, ini sejarah. Bolehkah? Itulah benteng dan saya rasa inilah mustahak untuk masa depan Malaysia. Barulah kita boleh berjaya.

Saya apabila jumpa aktivis-aktivis di Jordan dan di Mesir, saya ada tanya mereka. In the Islamic world, dalam dunia negara-negara Islam, apa negara mereka ada harapan, ada harapan besar (pada) nama-nama negara? Mereka ada namakan Tunisia, oleh kerana ada Ghannouchi di sana. Mereka ada namakan Turki. Mereka ada menamakan Malaysia.

Mereka harap Malaysia boleh memberi satu contoh untuk dunia Islam. Dan saya rasa ini kita boleh buat. Oleh kerana dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk, bagaimana perlu Islam di Malaysia boleh memberi contoh kepada dunia bahawa boleh adapt (laksana) dan sesuai(kan) dengan masyarakat majmuk untuk dunia, supaya bukan sahaja kita belajar daripada timur tengah, tetapi negara-negara timur tengah boleh belajar daripada Malaysia. Bolehkah?

Dan saya rasa ini pun harapan saya, dan saya harap bahawa di masa depan selepas satu bulan kita ada harapan yang tinggi bahawa kita tidak binasakan harapan-harapan yang kita ada untuk perubahan besar di tanah air kita. – Roketkini.com

Transkrip ucapan Lim Kit Siang di Ceramah Perdana ‘Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan’ di Kota Bharu pada 10 Mei 2015