Berita

DAP Perak terus bersama rakyat

IPOH, 1 JAN – Hari pertama di tahun baru tetap dipenuhi dengan aktiviti para pemimpin DAP termasuk di Perak.

Pagi tadi, Pusat Khidmat DAP Jelapang telah menganjurkan aktiviti pertamanya tahun ini mendedarkan kalendar  Tahun 2012 kepada orang ramai di pasar awam Jelapang.

Sebanyak 1,000 keping kalendar telah diedarkan kepada orang ramai yang memberi sambutan yang hangat dan memberangsangkan.

“Ini membuktikan  sokongan untuk DAP adalah cukup baik. Ramai pengundi di Jelapang memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang  supaya  Pakatan Rakyat menang semula negeri Perak,” kata Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar.

Katanya kesungguhan warga Jelapang itu memberi keyakinan kepada DAP untuk mengembalikan semula kuasa kepada rakyat  yang telah dirampas secara haram oleh Barisan Nasional selepas Pakatan memenanginya dalam pilihan raya 2008. – Roketkini.com