Berita

Ubah! dengan penuh riang

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Malam esok akan menyaksikan pelancaran lagu tema pilihan raya DAP sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Politik tidak lagi bosan…” kata Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsan DAP Tan Kok Wai sewaktu sidang media bau-baru ini untuk mempromosi pelancaran lagu tersebut esok bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur mulai jam 8 malam.

Lagu yang berjudul ‘Ubah’ ini telah dicipta oleh seorang artis tempatan Yu Heng manakala lirik dalam Bahasa Malaysia ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Ia akan akan dihidangkan dalam dua versi iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

Acara pelancaran yang bakal diadakan ini dikenali sebagai Malam UBAH yang akan turut memuatkan pelbagai atur cara menarik, antaranya ialah persembahan langsung nyanyian beramai-ramai lebih 20 orang pimpinan muda Pakatan Rakyat.

Majlis akan turut dimeriahkan dengan persembahan live band dan juga pelancaran pelbagai barangan cenderahati UBAH seperti topi, lencana, anak patung, poster dan sebagainya.

Malam bersejarah tersebut turut akan meraikan beberapa jemputan yang akan menyampaikan ucapan termsuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen PAS Shah Alam Saudara Khalid Samad dan Anthony Loke.

Menurut Loke, tujuan lagu Ubah sebagai tema PRU13 adalah untuk memberi semangat dan harapan baru terutamanya kepada generasi muda lebih-lebih lagi yang telah mendaftar sebgai pengundi.

Serentak dengan pelancaran lagu tema Ubah, beliau memberitahu media bahawa sebuah album turut akan dilancarkan.

“Album ini akan memuatkan lima buah lagu iaitu lagu Ubah dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin, instrumental Ubah, lagu Ubah nyanyian beberapa orang wakil rakyat Pakatan dan lagu tema DAP.

“Album ini akan dijual dengan harga RM20 sahaja sebagai dana persiapan dan kempen PRU13,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat Malaysia dapat menyokong usaha ini dalam usaha untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada negara dan masyarakat. – Roketkini.com