Rencana

Hoi..hoi.. Tak tahu membaca ke? – Oleh Adil Mat Selamat

Baru-baru ini timbul lagi isu putar alam kumpulan UMNO BN berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu “Sekiranya UMNO kembali berkuasa, kuil Hindu mungkin terancam”. Kata-kata ini diajukan ketika ucapan pada mesyuarat di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Bagi UMNO yang ‘pantang’ disindir, pastinya akan melenting dan sudah tentu ungkapan ini akan digunakan sehabis-habisnya untuk disalahgunakan makna di sebalik ungkapan berfakta itu.

Mengapa kita katakan ungkapan ini berfakta?

Ungkapan itu adalah merujuk kepada satu kes di mana kuil Hindu yang berusia 40 tahun dirobohkan oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tanpa sebarang notis pada 20 April 2012. PPSB yang merobohkan kuil itu dipengerusikan oleh ADUN Teluk Bahang, Dato Seri Dr Hilmi Yahaya. Sehingga sekarang Hilmi enggan meminta maaf ataupun melaksanakan janji untuk membina kuil Hindu ini.

Jadi adakah ungkapan ini berniat jahat? Bagi kita yang berakal, pasti tidak. UMNO seperti biasa akan menolak apa jua fakta. Maklumlah, perkara tentang ulang tahun kelahirannya pun sudah salah fakta.

Bukankah UMNO yang sedang diraikan ini adalah UMNO baru yang baru berusia 25 tahun. Bukankah Tun M telah mendaftarkan UMNO baru apabila kuasanya makin terhakis. UMNO sudah lupa ke? UMNO yang berusia 66 tahun itu UMNO zaman merdeka, UMNO zaman Onn Jaafar, UMNO Tunku, UMNO yang tahu beza antara fakta dan fitnah. Bukan UMNO 2020 yang berkarat ni.  Fakta ini pun digelapkan oleh mereka yang kemaruk kuasa.

Berkaitan ungkapan Lim Guan Eng itu, jika benarlah maksud kata-kata itu berniat jahat. Ingin sekali kita tanya tentang berpuluh-puluh ucapan pemimpin UMNO, antaranya;

1.         UMNO mengatakan jika undi Pakatan, maka negara akan bankrap.
2.         UMNO kata jika undi DAP, Islam akan hancur.
3.         UMNO kata jika undi PR, nasib Melayu akan gelap dan musnah.

Malah, baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengatakan;

“Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13.”

Malah beliau tambah;

“Negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda bumiputera.”

Ini cakap apa ni? Apa fakta di sebalik ungkapan semberono ini? Hoi..hoi.. tak membaca ke?

Lihatlah Buku Jingga… bacalah dasar-dasar Pakatan Rakyat. Janganlah hentam semberono macam orang tak membaca buku. Kalau Pak Menteri nak berfikiran gelap, gelaplah seorang diri, jangan ajak orang lain pun gelap sama macam dia.

Apakah ungkapan ini tidak berniat jahat kepada Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri? Sama-samalah kita menilai kualiti kelompok UMNO yang sudah panik kerana kuasanya semakin terhakis.

Undi kepada DAP dan Pakatan Rakyat, pastinya tidak akan merosakkan masa depan Negara sebaliknya undi kepada Pakatan Rakyat adalah undi ‘Patriotik’ kerana kita mengundi dengan niat untuk menyelamatkan negara.roketkini.com