Rencana

Analisa Belanjawan – Menjawab bidasan tumpul BN : Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mapan

Susunan: Hafiz Zainuddin

Kerajaan BN dilihat terlalu obses dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehinggakan sanggup melakukan kajian terperinci untuk membidas dasar yang dibentangkan PR. Apapun, dengan ketiadaan akses kepada data dan statistik kerajaan Persekutuan , PR berjaya merangka sebuah belanjawan  mapan dan mantap, mengambil kira kepentingan rakyat dan amalan urus tadbir yang telus.

Bidasan yang dibuat terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 disifatkan sebagai bidasan politik untuk memberi gambaran buruk terhadap persepsi rakyat, pun begitu PR bukanlah sebuah entiti yang cepat melatah dengan segala dakwaan malah berjaya membuktikan bahawa segala bidasan yang dibuat BN hanyalah bidasan tumpul.

Berikut adalah bidasan BN dan jawab balas PR terhadap tuduhan yang diberikan bersumber kepada Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat.

BN menuduh bahawa peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan.

Jawapan Pakatan Rakyat: Kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.

Sebagai fakta, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.

BN melalui Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.

Jawapan Pakatan Rakyat: Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual dibawah:

PROGRAM PAKATAN RAKYAT ANGGARAN KOS (RM bilion)
Menghapuskan tol 6.0
Kos menyediakan pendidikan percuma 4.0
Kos menghapuskan hutang PTPTN 2.0
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 2.0
Caruman Wanita Nasional 3.0
Bonus Warga Emas 3.0
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak 12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta 2.0
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara 5.0
Elaun khas perguruan RM500 sebulan 2.4
JUMLAH 41.9

Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.

Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – ia berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:

JENIS PERBELANJAAN YANG

DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN

PERUNTUKAN

(  RM bilion)

Belanja Mengurus:

Perkhidmatan dan Bekalan

33.7
Belanja Mengurus:

Pembelian aset

1.1
Belanja Mengurus:

Caj Perkhidmatan Hutang

22.2
Belanja Mengurus:

Subsidi dan Bayaran Tetap

37.6
Belanja Mengurus:

Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan

7.0
Belanja Mengurus:

Lain-lain

14.8
Belanja Pembangunan:

Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain

50.0
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dansyarikat-syarikat kerajaan 50.0
JUMLAH 216.4

Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan

Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.

Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.

Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat.

Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional yang terbukti bergelumang dengan rasuah. – Roketkini.com