Berita

Kerajaan PR prihatin, Program “Jom Shopping Bonus SelangorKu” memberangsangkan

Gambar Ehsan mediaselangorku

SHAH ALAM, 27 NOVEMBER: Lebih 83,000 peserta diluluskan menerima baucer membeli-belah di bawah program “Jom Shopping Bonus SelangorKu” menerusi dana Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, berkata sebanyak RM7.5 juta diperuntukan Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi program itu bagi meringankan beban rakyat.

“Ketika ini TAWAS sedang mengagihkan bantuan itu kepada 16,000 orang yang lahir pada 2008 yang dibahagikan mengikut pecahan kaum,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada Persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini, .

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata, bantuan ‘one-off’ itu diberi berdasarkan tahun kelahiran keempat ahli TAWAS yang diluluskan pendaftarannya bagi empat tahun berturut-turut antara 2008 dan 2011.

Penyertaan program TAWAS boleh dilakukan melalui beberapa saluran seperti ketua kampung, ahli majlis PBT, pusat khidmat DUN dan Parlimen, di pejabat TAWAS atau mendaftar secara online.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program “Jom Shopping” bagi warga emas dan program diteruskan kerana sambutan yang amat memberangsangkan dengan mensasar  penyertaan 100,000 peserta tahun depan. – Roketkini.com