Berita

Wanita DAP cadang 30 peratus calon pilihan raya adalah wanita

KUALA LUMPUR, 11 JUN:

Menurutnya, ini sejajar dengan hasrat parti memperbanyakkan lagi suara wanita terbabit dalam proses membuat keputusan.

“Dengan adanya lebih ramai calon wanita, mereka akan dapat menyuarakan dengan lebih lantang isu yang dihadapi,” katanya pada Majlis Minum Petang Wanita DAP bersama media di Ibu Pejabat DAP, petang semalam.

Menurutnya, pertambahan dan kemenangan signifikan calon wanita khususnya daripada DAP menunjukkan mereka boleh diterima masyarakat.

“Dalam DAP sahaja, kita mempunyai empat Ahli Parlimen dan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 menunjukkan kesediaan semakin ramai wanita terbabit dalam politik secara langsung atau tidak langsung,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan golongan wanita yang mahu menceburkan diri dalam politik menghadapi cabaran tersendiri.

“Mereka perlu membahagikan masa terhadap politik dan keluarga berbanding golongan lelaki.

“Contohnya, wanita yang mahu menceburkan diri dalam politik perlu mendapat persetujuan keluarga terutamanya suami atau ibu bapa mereka,” jelas Exco Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang itu.

Beliau percaya pembabitan wanita dalam politik amat penting kerana dengan adanya lebih ramai wakil rakyat di kalangan golongan hawa itu, hak mereka akan lebih terbela dalam dunia politik yang ‘didominasi lelaki’.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong.-Roketkini.com