Berita

DAP tetap bantah pemilihan semula CEC

Tony 19PETALING JAYA, 16 OGOS: Walaupun DAP bersetuju mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), tetap tetap bantah arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, ia juga dilakukan untuk mengelak risiko parti itu diharamkan ROS.

Beliau juga menganggap ROS gagal mengemukakan bukti undang-undang yang memberi kuasa supaya pemilihan semula diadakan.

“Satu-satunya alasan yang diberi ROS dalam surat mereka adalah mendakwa ada ahli yang tidak berpuas hati’ dengan pemilihan CEC sebelum ini.

“Ini membuktikan ROS tidak profesional dalam menangani perkara itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menegaskan pendirian ROS itu juga sebenarnya dibuat mengikut telunjuk UMNO, khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, walaupun DAP dapat membawa isu itu ke mahkamah, tetapi dalam keadaan UMNO yang menjadi dalang kepada isu itu, sudah tentu tidak teragak-agak menggunakan kuasa yang membolehkan DAP diharamkan.

“Jika ROS boleh menyalahguna kuasa untuk menuntut DAP mengadakan pemilihan semula, sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi menyalahguna kuasa yang dimiliki untuk membatalkan pendaftaran parti, jika ia dilihat wajar dan perlu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bukan dibuat berdasarkan tuduhan bahawa terdapat penipuan pada pemilihan lalu, sebaliknya membolehkan perwakilan membuktikan kepada semua bahawa apa yang dilakukan adalah sah dan tidak salah,” katanya. -Roketkini.com