Berita

Dakwaan Yuen komunis bantu pembangkang pada PRU 1969 dipertikai

03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (9)KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dakwaan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Yuen Yuet Leng bahawa komunis membantu pembangkang, termasuk DAP untuk memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya umum (PRU) 1969 adalah suatu perkara baru dan ia bertentangan dengan perkara sebenarnya yang berlaku termasuk hasil kajian sarjana mengenai pilihan raya umum itu.

Katanya, beliau tidak menafikan bahawa komunis, seperti juga Cawangan Khas, telah cuba untuk menyusup ke dalam barisan pembangkang, manakala DAP pula telah menjaga sebaik-baiknya parti ini agar tidak ditembusi oleh komunis atau Cawangan Khas.

Bagaimanapun, menurutnya, Yuen membuat kesilapan besar apabila menyebut komunis membantu parti pembangkang untuk menembusi kawasan yang dipegang oleh kerajaan Perikatan pada PRU 1969.

“Hakikat sebenar sama sekali berlawanan, kerana ketika itu komunis menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti pembangkang yang ikut serta dalam pilihan raya itu dikecam oleh komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan kerana tidak menyambut seruan mereka untuk menolak proses demokrasi dan mengadakan protes di jalanan untuk membuat perubahan di luar garis perlembagaan.

“Komunis tidak membantu Pembangkang, sebaliknya mereka mahu rakyat memboikot PRU 1969 dan mahu pembangkang kalah teruk.

“Kerana itulah 44 tahun yang lalu saya menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, iaitu pada 5 Ogos 1969, dari Pusat Tahanan Muar, ketika saya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk meluahkan kebimbangan saya mengenai masa depan Malaysia dan menggesa Tunku memulakan usaha penyatuan dan perdamaian nasional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, dalam surat itu beliau menyebut:

The May 10 General Elections result was a defeat for the Alliance Party. But it was graver blow to the MCP.

During the general elections campaign, the MCP and its open auxiliaries campaigned for a boycott of elections to discredit parliamentary democracy and to prepare the political base for its second armed insurrection.

The people rejected the MCP line and came out solidly to vote. This proved that the people had faith in the democratic process to peacefully bring about the changes they want.

The result of May 10 was the people’s verdict for democracy, as against the MCP campaign. There was joy and expectancy, after the results, not to deprive anyone of his rights, but at the new hope to work for a more just, equal and fulfilling society.

The May 13 disturbances and the subsequent events, however, had greatly undermined the people’s faith in democracy.

I believe that the situation, though grave, is not irretrievable, if the government can spearhead a national, all-part, all-races effort to restore communal confidence through the pursuit of genuine multiracial politics and policies.

Katanya, beliau tidak tahu apa asas yang dipakai Cawangan Khas untuk merumuskan bahawa pada 1969 komunis membantu parti pembangkang untuk memenangi sejumlah besar kerusi pada pilihan raya itu, padahal komunis melakukan perkara yang sama sekali berlainan ketika itu dengan menyeru rakyat supaya memboikot pilihanraya umum.

“Di manakah “sejumlah besar kerusi” yang dimenangi DAP, Gerakan, PPP dan PAS pada PRU 1969 dengan “bantuan” komunis?” katanya.-Roketkini.com