Berita

CPI TI Malaysia mungkin dipintas China, Indonesia jika tidak serius banteras rasuah

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia mungkin gagal mencapai sasaran menduduki tangga ke-30 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI TI) pada 2020, malah akan dipintas China dan Indonesia.

Berikutan itu, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan CEO Unit Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala begitu girang apabila kedudukan Malaysia naik satu tangga daripada 54 kepada 53 dalam CPI TI tahun ini lalu mengisytiharkan sasaran menduduki senarai 30 teratas menjelang 2020.

Beliau berkata, ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 negara berbanding ke-54 tahun lalu, manakala skor CPI TI negara semakin baik pada 50/100 mata berbanding 49/100 mata tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah untuk tahun kelima berturut-turut di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak (2009-2013), Malaysia mengisi kedudukan lebih bawah dalam CPI TI berbanding ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Perkara berkenaan boleh dilihat dalam carta CPI TI di bawah (1995-2013): terbaik skor dan terbaik kedudukan – Mahathir 23 (1995) 5.32/10 (1996) 37 (2003) 4.8/10 (2000); Abdullah 39(2004) 5.1/10 (2005/7/Najib 53 (2013) 50/100 (2013) 60 (2011) 4.3/10 (2011) Daripada satu sudut, CPI TI 2013 mengesahkan kenyataan Mahathir dua hari lalu yang menyebut rasuah kini semakin teruk berbanding ketika beliau menjadi
Perdana Menteri selama 22 tahun (walaupun Abdullah juga boleh menyebut perkara yang sama bagi kepimpinan beliau selama lima tahun).

“Bagaimanapun, Mahathir mengabaikan satu lagi hakikat – Malaysia mula terjerumus ke dalam rasuah sejak kepimpinan beliau, memandangkan di bawah tiga Perdana Menteri pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, rasuah bukan masalah besar dan terkawal.

“Malah, sehingga tahun 1970an, skandal terbesar di Parlimen adalah skandal Bank Rakyat, berjumlah RM65 juta, yang saya bahaskan di Parlimen pada 1979.

Sejak tahun 1980an, rasuah dan skandal kewangan lebih parah, melihatkan jumlah jauh lebih besar, misalnya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) RM2.5 bilion menjadikan kedudukan buruk (8) 47 (2008) 5/10 (2004/6), RM600 juta skandal pembelian timah Maminco, RM1.5 bilion skandal Co-operative Finance, sehingga kepada skandal pertukaran wang asing Bank Negara yang membabitkan wang sejumlah RM30 bilion serta skandal RM11 bilion Perwaja pada tahun 1990an.

“Terkini, kita menyaksikan skandal berbilion ringgit Scorpene dan pemerolehan keperluan pertahanan serta skandal RM12.5 bilion Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan media.

Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, akar rasuah ialah politik wang dalam parti kerajaan yang gagal dibanteras, malah semakin merebak seperti dianggarkan orang dalam UMNO yang menyebut bahawa untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, diperlukan lebih RM10 juta, manakala untuk memenangi kerusi Majlis Tertinggi UMNO, diperlukan lebih RM1 juta.

Menurutnya, politik wang besar-besaran juga turut berlaku dalam pemilihan MCA dan MIC, sehinggakan Presiden MCA menerima perkara ini sebagai satu hakikat dalam pemilihan parti apabila menasihatkan perwakilan dalam pemilihan parti MCA yang bakal menjelang untuk mengambil sikap seperti
pengundi pada PRU-13, iaitu “Ambil wang; jangan beri undi” (seperti yang dipaparkan terang-terangan dalam judul laporan sebuah akhbar Cina).

Kit Siang berrkata, meneliti kedudukan dan skor untuk 177 negara dalam CPI TI 2013 serta rekod selama 19 tahun CPI TI (1995-2013), tiada sebab dan tiada asas untuk sesiapa percaya bahawa sasaran Malaysia untuk memasuki senarai 30 teratas pada 2020 adalah realistik atau mampu dicapai.

Malah, katanya, menjelang 2020, Malaysia mungkin dipintas China dan Indonesia daripada segi kedudukan dan skor CPI TI.

“Dalam CPI TI pertama pada 1995, Malaysia ditempatkan di tangga ke-23 daripada 41 negara dengan skor 5.28 daripada 10, manakala China dan Indonesia di tangga kedua terakhir, dengan skor CPI masing-masing 2.16 dan 1.94 daripada 10
(pada peratusan 90 terbawah bagi skor CPI).

“Jika Malaysia hendak menduduki tangga 30 teratas dalam CPI pada 2020, kita perlu mencapai peratusan 35 teratas skor CPI dan bukan hanya 50/100, memandangkan skor lima negara yang berada di tangga ke-26 hingga 30 teratas dalam CPI TI 2013 adalah 69/100 bagi Austria UAE, 68/100 Estonia Qatar dan 64/100 Botswana,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sejak 19 tahun lalu, Malaysia tergolong dalam sebuah negara yang kedudukan dan skornya dalam CPI TI merosot, malah dipintas negara yang mendapat kedudukan dan skor CPI lebih rendah pada 1995, dan kini berdepan kemungkinan dipintas negara yang berada di kedudukan terbawah dalam CPI pada 1995 iaitu China dan Indonesia.

Menurut Kit Siang, contohnya, Malaysia berada pada kedudukan ke-23, dengan skor CPI 5.28/10 pada 1995, di depan Taiwan (kedudukan ke-25, skor 5.08), Sepanyol (kedudukan ke-26, skor 4.35), Korea Selatan (kedudukan 27, skor 4.29), Hungary (kedudukan 28, skor 4.12), dan Turki (kedudukan 29, skor 4.10). Tetapi untuk CPI TI 2013, Malaysia berada di bawah Taiwan (kedudukan 36, skor 61), Spain (kedudukan 40, skor 59), South Korea (kedudukan 46, skor 55), Hungary (kedudukan 47, skor 54) dan diekori rapat oleh Turki (kedudukan 53, skor 50).

“Malaysia yang mencapai peratusan skor lebih rendah sejak 19 tahun lalu iaitu 5.28/10 pada 1995 kepada 50/100 pada 2013, semua negara Asia yang lain memperbaiki peratusan skor sejak 19 tahun lalu, misalnya Thailand daripada 2.79/100 kepada 35/100; India (daripada 2.78/10 kepada 36/100), Filipina (daripada 2.77/10 kepada 36/100), Pakistan (daripada 2.25/10 kepada 28/100), China (daripada 2.16/10 kepada 40/100) dan Indonesia (daripada 1.94/10 kepada 32/100).

“Rakyat Malaysia perlu bimbang kerana berdasarkan trend ini, Malaysia mungkin dipintas Indonesia dan China sebelum 2020 daripada segi kedudukan dan skor CPI TI, melainkan Malaysia segera bertindak dan menunjukkan keseriusan membasmi rasuah.

“Bagaimana Malaysia hendak menjaga air mukanya jika dunia melihat Malaysia lebih rasuah daripada Indonesia dan China sebelum berakhir dekad ini?,” katanya. – Roketkini.com