Berita

Anthony Loke hulur sumbangan kepada Maahad Tahfiz

SEREMBAN, 10 APR: Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke Siew Fook menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al Mentausi di Jelebu, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Sumbangan itu bagi membantu kerja pengubahsuaian bangunan sekolah pusat pengajian berkenaan yang dianggarkan akan menelan belanja RM50,000.

“Tahfiz ini bertujuan menawarkan pendidikan percuma bertaraf Sekolah Agama Rakyat kepada anak-anak kariah untuk menjadi hafiz serta mendalami ilmu agama.

“Pada peringkat permulaan, tahfiz ini akan ditempatkan di surau lama Kampung Mentaus. Anggaran RM50,000 diperlukan untuk kerja pengubahsuaian, serta RM5,000 pula bagi perbelanjaan bulanan, seperti imbuhan guru dan bil kemudahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri menyeru orang ramai agar turut menghulurkan bantuan kepada Maahad tersebut.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Maahad Tahfiz Al Mentausi boleh menghubungi mereka di alamat emel [email protected], atau terus ke akaun;

Nama: Maahad Tahfiz AL Quran AL Mentausi
No akaun: 10005 6820 0000 1463 (Agro Bank) – Roketkini.com